Sayur Lemak Jambu Golok Dengan Sotong Versi Terengganu

Share

Sayur lemak jambu golok dengan sotong. Buah gajus ini dipanggil jambu golok di belah pantai timur. Bila masak lemak putih dengan sotong, pehh memang terangkat. Masakan ini memang terkenal di Terengganu. Apatah lagi sekarang musim sotong di sana.

Siapa yang pernah cuba? Rugi tau kalau tak pernah cuba. Masakan rare juga ni. Boleh ikut resipi yang diberikan oleh puan Sofea Sufi

ini ye.

Sayur Lemak Jambu Golok Dengan Sotong

Bahan-bahan

Jambu golok/buah gajus (buahg biji, potong memanjang)

Sotong (potong)

Santan

Limau kasturi 

Garam – boleh beli online di sini

Bahan kisar

5 ulas bawang merah ros – boleh beli online di sini

1 ulas bawang putih – boleh beli online di sini

2 hiris nipis halia – boleh beli online di sini

Isi ikan selayang/sardin rebus

2 sudu teh lada hitam – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Bersihkan sotong, cuci dengan limau nipis. Ketepikan.

Ramas beberapa kali buah jambu golok dengan garam untuk keluarkan rasa kelatnya. Toskan.

Masukkan bahan kisar, santan dan hirisan jambu golok ke dalam periuk. Kacau-kacau.

Bila kuah dah menggelegak, perasakan dengan garam secukup rasa. Masukkan sotong dan biar sekejap sebelum tutup api. Jangan terlalu lama takut sotong keras. Siap.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

 

 

IKLAN