Sate Tulang.Ni Ramuan Rahsia Yang Terlajak Sedap. Leka Makan Tak Sedar Habis Sepinggan

Share

Siapa tak berselera kalau dapat makan sate. Menu yang sukar ditolak. Olahan rempah ratus terpilih menjadikan sate yang dinikmati enak dan menyelerakan. Seperti mana resipi sate tulang ini,  dipadu pula dengan kuah cili leka menikmatinya.  Boleh buat sendiri dan makan puas.

Bahan-bahan:

  • 1 kg rangka ayam | dipotong kecil
  • 8 ulas bawang merah | dikisar halus
  • 5 ulas bawang putih | dikisar halus
  • 3cm lengkuas | dikisar halus
  • 3 batang serai | dikisar halus
  • 3cm halia | dikisar halus
  • 3cm kunyit | dikisar halus
  • 2 sudu makan jintan putih | disangai dan dikisar halus
  • 2 sudu makan jintan manis | disangai dan dikisar halus
  • 2 sudu makan ketumbar | disangai dan dikisar halus
  • 3 sudu makan gula merah
  • Garam dan gula putih secukup rasa
  • Sedikit minyak masak
  • Lidi sate secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Gaul rangka ayam bersama gula merah, gula putih dan garam secukup rasa. Biarkan seketika,
  2. Kemudian masukkan bahan-bahan sangai dan dikisar halus. Gaul rata dan perap selama 2 jam.
  3. Cucuk tulang ayam pada lidi dengan kemas dan bakar sehingga masak dan kelihatan garing.
  4. Sesekali, sapukan sedikit minyak bagi mengelakkan isi ayam menjadi terlalu kering.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

 

IKLAN