Beli santan tapi bila periksa dah masam pula, kalau sikit tak mengapa lagi tapi kalau banyak berkilo-kilo rugi pula rasanya.
Kalau lagi sekali terbeli santan yang sebegini jangan terus buang. Kita boleh guna untuk buat minyak kelapa.
Boleh guna untuk rambut dan kulit kering, atau jadi minyak untuk urutan. Minyak kelapa semula jadi lagi elok. Cara membuatnya dikongsi oleh Yatie Rahim.
Guna santan masam buat minyak kelapa
Siap dah santan masam kami. Terima kasih semua bagi idea. Dah nak buang dah santan. Elok saja kejadian minyak, bersih tiada bau. Boleh letak pada rambut, siapa kena macam saya boleh la buat cara ni.
Ads
Panaskan santan masam guna api perlahan.
2. Biarkan santan sampai pecah minyak. Proses ini memang lama dan kena kacau selalu.
Ads
4. Masak sampai jadi tahi minyak dan bertukar warna kekuningan atau keperangan. Tutup api.
5. Sejukkan dan tapis untuk ambil minyak saja.
Ads
TIP: Sebelum masak, boleh juga letak santan masam dalam peti sejuk dulu. Bila kepala santan timbul, kaup dan guna ini saja untuk dipanaskan. Tak perlu guna airnya. Cara ini lebih cepat.
Tahi minyak tadi boleh guna untuk buat kole kacang, atau masuk dalam sambal.
Tercari-cari cara mudah halau lipas? Maklumlah serangga jenis ni kalau berkeliaran di dapur memang merimaskan. Selain kotor, ia juga menggelikan. Nak hapuskannya memang mudah lebih-lebih lagi jika guna racun serangga. Namun jika guna di kawasan dapur atau ada anak kecil, agak tak bersesuaian. Bimbang ia akan membahayakan anak dan juga mengotori makanan. Jadi apa kata cuba petua-petua di bawah ini. Ia lebih selamat kerana tidak menggunakan bahan berbahaya.
1. SABUN MANDI
Ambil sebuku sabun mandi. Potong kiub kecil dan letakkan di sudut-sudut serta kawasan yang selalu lipas kunjungi. Biarkan dan ganti ketulan sabun baru bila sabun lama kurang berbau.
2. LEMON
Potong lemon menjadi kepingan dan letakkan di tempat gelap seperti dalam kabinet atau laci. Ganti kepingan lemon yang baru setelah kepingan lemon lama kering.
3. BUAH PELAGA
Lipas biasanya membiak di kawasan yang tersorok dan gelap. Ambil beberapa biji buah pelaga, tumbuk sedikit dan letakkan di kawasan tersebut.
4. DAUN PANDAN
Ambil daun pandan, koyak sedikit daunnnya dan letakkan di kawasan yang banyak lipas berkeliaran. Bau dari daun ini mampu menghalau lipas dari rumah anda.
5. DAUN BAY
Selain daun pandan, anda juga boleh menggunakan daun bay untuk menghalau lipas. Caranya mudah sahaja. Tumbuk daun bay hingga halus dan tabur di sudut-sudut atau kawasan yang lipas selalu kunjungi.
6. BAKING SODA & GULA
Campuran bahan ini boleh membunuh lipas. Campur kedua-dua bahan ini pada nisbah 1:1 dan letakkan di kawasan gelap yang banyak lipas. Lipas akan memakan campuran ini kerana ia manis dan seterusnya akan mati.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ramai sukakan donat, terutamanya kanak-kanak. Bila asyik beli teringin juga nak buat sendiri tapi risau tak menjadi macam beli kat kedai donat yang popular tu. Sekarang korang jangan risau ini ada cara macam mana nak buat adunan donat supaya kembang dengan cantik sempurna dan gebu dan bila digoreng garing kat luar, lembut di dalamnya.
Gunakan Bahan Berkualiti
Walau bahan buat donat ringkas dan senang, hanya tepung, gula, yis, telur, susu dan margerin. Tetapi kualiti produk ini yang akan menentukan hasil donat korang nanti. Tepung akan menentukan tekstur donat, jadinya jangan guna sebarang tepung, sebaik gandum berprotein baik kualitinya dan bersih. Untuk mengetahui tepung masih elok, sebaliknya beli tepung yang masih dalam kemasan asalnya (belum dibuka). Begitu juga dengan yis, pilih yang kering dan baru.
Yis adalah mikroorganisme hidup yang berfungsi mengembangkan adunan. Jika menggnakan yis yang sedia ada dalam simpanan pastikan mikroorganisme di dalamnya masih hidup. Kemudian sediakan sedikit air suam dalam bekas kecil dan masukkan yis, kacau dan biarkan. Jika ada gelembung udara, ia bermakna yis masih elok dan aktif. Begitu juga dengan susu, sebaliknya gunakan susu suam untuk mencampurkan adunan. Ia membantu yis lebih aktif dan donat mengembang cantik serta mempunyai serat-serat lembut. Elok juga kalau gunakan susu cair yang dipanaskan atau susu tepung yang dilarutkan dengan air suam.
Campur & Adun Bahan Dengan Betul
Walaupun tepung baru, korang patut ayak tepung dahulu untuk mengelakkan tepung berketul semasa digunakan. Campurkan tepung, gula dan yis, jangan campurkan garam di peringkat awal ini kerana ia akan menyebabkan yis tidak akan berfungsi. Cara paling senang korang boleh je gunakan breaf improver (kalau ada) kerana ia membantu adunan kembang dengan rata, lembut dan tidak keras bila sejuk.
Kalau tak ada bread improver, uli adunan 12-15 minit dengan tangan, sambil tuangkan susu suam, bila semua bahan sudah bercampur rata, tambahkan mentega atau marjerin yang telah dicairkan. Mentega juga berperanan melembutkan struktur gluten dan menjadikan adunan terasa elmbut dan berkilat serta memberikan rasa yang lebih sedap. Uli adunan hingga sebati dan tak lekat pada mangkuk adunan. Pastikan juga korang tidak terlebih uli kerana ia boleh menjadikan donat keras dan tak lembut.
Rehatkan Doh Di Tempat Panas
Balut adunan yang sudah diuli dan letakkan dalam mangkuk, kemudian tutup dengan kain. Rehatkan di tepat panas selama 30 minit, misalnya di bahagaian dapur yang ada cahaya mata hari atau dekat dengan dapur. Apabila adunan kembang dua kali ganda asal. Uli semula selama tiga minit, kemudian rehatkan semula 15-20 minit. Adonan siap untuk diterap dengan acuan donat dan digoreng.
Inilah rahsia hasil kejadian donat yang sempurna lembut, gebu dan setanding donat yang dijual di kedai-kedai donat popular.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bagi yang duduk rumah ada laman, memang tak lari dari masalah rumput. Kadang-kadang rasa baru saja dipotong, dah tumbuh balik.
Kalau dah penat potong, alternatifnya kita buat racun rumput sendiri. Menariknya untuk buat racun rumput ini kita perlu guna bahan dapur saja. Boleh ikut perkongsian daripada Muhamad Najib ini.
Cuka masakan mengandungi asid asetik dan ia sangatlah tidak serasi kepada kebanyakan jenis tumbuhan.
Sabun pencuci pinggan ini pula bertindak sebagai ejen pelekit yang memastikan cuka di sembur melekit elok pada tumbuhan tersebut.
Selepas seminggu semua rumput akan mati dan mudah untuk dicabut kerana dah kering.
Elak meracun musim hujan kerana mungkin tak berkesan kerana dibasahi air hujan. Sebaiknya buat ketika hari panas baru cepat mati.
Semoga bermanfaat
Sumber: Muhamad Najib
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ketahui mengapa kuih tradisional masih relevan dan patut diberi peluang kedua dalam dunia moden. Kupasan mendalam tentang keunikan, sejarah dan potensi kebangkitannya.