Makan

Sangat sedap! Resipi Kerang Bakar Ala Parameswara

Share

Sedapnya Kerang Bakar. Bagi anda yang menggemari sajian ini, bolehlah cuba masak sendiri menggunakan resipi perkongsian saudari Aisyah Humaira. Menu enak tentunya membuka selera dan lebih enak dinikmati jika dimasak sendiri. Jom cuba.

 

CARA MASAK KERANG BAKAR ALA PARAMESWARA

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg kerang – dicuci bersih kulitnya
  • Aluminium foil/daun pisang
  • Beberapa tangkai daun kesum

BAHAN KISAR:

  • 4 sudu besar cili kering yang telah dikisar atau cili boh beli online disini
  • 2 biji buah keras – beli online disini
  • 6 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2 hiris lengkuas
  • 1 inci kunyit

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan kisar (kecuali cili boh). Tumis bersama cili hingga pecah minyak (seperti masak sambal)

2. Masukkan daun kesum, garam, gula dan aji secukup rasa. Ketepikan.

3. Masukkan kerang ke dalam aluminium foil. Tuangkan sambal yang telah ditumiskan tadi.

4. Bakar selama 5 minit dengan suhu 170c atau sehingga masak.

5. Kerang ini juga boleh terus di masak dalam kuali dengan cara gaul kerang bersama perencah sambal ikan bakar.

6. Siap dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Aisyah Humaira

 

 [Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan  lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

IKLAN