Bayangkan kulit paratha yang lembut dan sedikit rangup di luar, diisi pula dengan inti samosa yang penuh rempah, kentang dan rasa yang mengenyangkan. Itulah kombinasi padu dalam resipi Samosa Paratha – menu fusion yang makin viral dan digemari ramai!
Resipi ini sesuai sangat untuk dijadikan snek petang, menu potluck, atau sarapan istimewa hujung minggu. Tak perlu doh susah, tak perlu bentuk tiga segi – gulung, leperkan dan goreng je! Jom kita cuba resipi mudah tapi gerenti puas hati ni.
SAMOSA PARATHA
BAHAN-BAHAN:
10 keping paratha segera
200g daging cincang
1 biji bawang merah – kisar kasar
3 ulas bawang putih – kisar kasar
1 tangkai daun kari
1-2 biji ubi kentang – potong dadu
1 sudu besar serbuk kari daging
½ sudu serbuk cili
1 sudu kecil kunyit
1 sudu kecil jintan putih
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Air secukupnya.
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official