Makan nasi lemak dengan sambal yang sedap memang buat kita ketagih. Tahukah anda, selepas seharian sambal tumis kita akan menjadi lebih sedap kerana bahan bahan lebih mesra.Kebanyakan peniaga nasi lemak memang memasak sambal tumis sehari sebelum.Nak masak sambal yang enak begitu boleh ikut cara ini.
Sambal Tumis Ikan Bilis
Bahan kisar:
1 genggam lada kering direbus dan ditos 3 ulas bawang putih 1 inci halia
Kesemua bahan ini dikisar.Dahulu saya kisar sekali dengan bawang besar tetapi menurut makcik tersebut untuk lebih sedap bawang besar perlu digoreng hingga naik bau.
2 biji bawang besar. (Sebiji saya hiris nipis dan sebiji saya hiris kasar)
Ini bawang besar yang diasingkan daripada bahan kisar.
Cara memasak:
1.Panaskan minyak masak.Anggaran minyak masak lebih kurang setengah cawan. Memang masak sambal tumis minyaknya agak banyak untuk pastikan lada tersebut betul-betul masak.
2.Apabila minyak betul-betul panas, masukkan bawang besar yang telah dihiris tadi.Tumis hingga naik bau.Dulu saya tak tahu rupanya kena masak sampai naik bau sahaja. Yang saya masak sampai dah kuning macam nak garing.Rupanya untuk melayukan sahaja. Nanti selepas dah siap, bawang merah itu akan hancur semasa proses menumis.
Ads
3.Dah naik bau, tuangkan bahan kisar tadi. Ini yang legend.Masukkan belacan bakar.Yang ini optional. Nak masuk boleh, tak masuk pun boleh.
4.Kita teruskan proses menumis. Minyak tadi hampir kering diserap bahan kisar. Sebab itu kuantiti minyak perlu dilebihkan.
5.Tumisan bahan kisar akan menjadi lebih kental dan pekat. Kalau rasa macam kurang minyak, boleh tambahkan sedikit.Saya masak guna api sederhana.Proses menumis sambal tumis memang agak mengambil masa supaya ‘terbit minyak’ agar bahan kisar kita ditumis dengan betul-betul masak.Ini salah satu teknik yang penting. Memang kena masak sampai terbit minyak untuk menjadikan sambal tumis kita tahan lama dan sedap.Apabila terbit minyak bermakna bahan kisar telah dimasak dengan betul.
6.Masukkan gula.Yang ini pun ada banyak versi. Ada orang suka versi manis sedikit. Ada orang memang masak sambal tumis tak ada gula. Kita ikut majoriti di pasaran memang sambal tumis yang manis sedikit lebih digemari ramai.Saya guna 6 sudu gula perang (brown sugar). Selalunya saya letak gula nisan (gula kerek orang Terengganu panggil).Gula putih atau gula melaka pun boleh.
7.Tumis sebentar. Gula akan ‘caramelised’. Proses ini akan menyedapkan lagi sambal tumis kita. Sambal tumis akan bertukar dari warna merah oren kepada warna merah maroon apabila gula caramelized.
Ads
8.Masukkan air mengikut kepekatan yang diingini.Saya masukkan lebih kurang 3/4 cawan air.
9.Masukkan ikan bilis.Ini pun banyak versi.Ada orang goreng dahulu.Ada orang kisar sekali dalam bahan kisar.
10.Masukkan 3 sudu air asam jawa.Ada yang guna asam keping. Pun boleh. Dalam 2 ke 3 keping.Memang saya masak selalu guna asam keping, tetapi saya perasan sekiranya guna asam jawa rasanya lebih umph!
11.Masukkan garam secukupnya.Biarkan bahan bahan tadi masak dengan mesra.
Ads
12.Alhamdulillah. Cantik kejadian sambal tumis kita.Makan dengan lempeng. Perggghhhh…
Sedapnya Sambal Bawang homemade ni. Ada juga yang panggil sambal bojak ( jika tambah tomato), sambal jawa atau sambal Nasi Ayam Penyet. Apa-apa pun, sambal resipi perkongsian Cik Pooja ni memang sedap dan membuka selera. Buat banyak-banyak, boleh buat stok. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI SAMBAL BAWANG HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
3 biji bawang besar – jika kecil, guna 5 biji. Potong kasar.
Segenggam cili kampung hijau
1/2 genggam cili padi Vietnam (merah)
1 ketul belacan bakar– sebesar duit 50 sen
1 sudu makan garam
1 sudu teh ajinomoto – boleh ganti dengan gula
1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan bawang dan cili. Keringkan airnya.
2. Panaskan minyak dan goreng bawang besar, cili, belacan & tomato ( jika ada) hingga lembik dan lebam.
3. Kemudian masukkan bahan-bahan digoreng tadi bersama dengan minyaknya sekali ke dalam blender.
4. Tambahkan garam, ajinomoto atau gula. Kisar sekejap-sekejap (3 kali) supaya sambal tidak terlalu hancur.
5. Siap untuk dinikmati. Jika banyak, boleh letak dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.
Tengok gambar sahaja dah boleh rasa kesedapan Sambal Belacan ni. Menurut empunya resipi; saudari Rosni Musa atau mesra dengan panggilan Kak Ros, sambal belacan beliau ni memang jadi kegemaran ramai terutamanya si anak bujangnya. ‘Sambal belacan ibu paling sedap di dunia’ katanya. Memang kena cuba ni. Sekali rasa memang sampai termimpi. Namun bila sebut sambal belacan ni, lain orang lain cara penyediaannya. Betul tak? Ha..Ni RASA kongsikan cara buat sambal belacan versi Kak Ros. Jom cuba.
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng sebentar belacan dan bawang besar. Pastikan bawang tidak terlalu layu. Bila nampak agak-agak layu sikit, terus angkat.
2. Masukkan belacan dan bawang yang telah digoreng bersama cili api, cili besar dan gula. (INFO:
Cili tidak perlu goreng. Tapi kalau nak goreng sekejap pun boleh.
Gula jangan banyak sangat. Agak-agak sahaja untuk seimbangkan rasa.
Tidak perlu letak garam kerana belacan Melaka sudah masin. Tapi boleh ditambah jika perlu.)
3. Kemudian perahkan limau kasturi anggaran dalam 10 – 15 biji. Sambal belacan ini tidak menggunakan air. Hanya air limau kasturi sahaja.
4. Kisar kasar. Jika buat dalam kuantiti sedikit, boleh guna lesung batu sahaja. (beli LESUNG BATU secara online DISINI)
5. Semasa kisar, Sambal ini tidak menggunakan sebarang air. Hanya guna air limau kasturi sahaja untuk menggerakkan blender.
6. Sambal ini kena ada rasa pedas, masam, manis dan masin. Rasa untuk seimbangkan dengan cita rasa anda.
Sambal ikan pauh muda, buat makan dengan nasi panas-panas. Ramai tak yang suka dengan menu macam ni untuk makan tengahari?
Betul-betul pecah air liur orang cakap dengan resipi daripada Baharin Zakaria ni kan. Cara nak buat pun mudah sangat, guna 5 bahan je.
CARA BUAT SAMBAL IKAN PAUH MUDA
BAHAN-BAHAN:
10 ekor ikan selayang kukus/panggang atau goreng (ambil isi sahaja) 10-12 biji pauh muda 15-20 cili padi (suka pedas boleh tambah lagi) – beli online di sini 2 sudu besar gula – beli online di sini 1 sudu teh garam – beli online di sini
Nak buat aiskrim homemade lembut, halus dan murah? Ini resipi viral dengan 5 bahan ringkas yang rasanya setanding jenama mahal. Mudah, cepat dan confirm menjadi!