Menu sambal ikan bilis memang ada pelbagai versi, namun resipi Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng yang dikongsi oleh saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ini sangat mudah, sedap dan sesuai untuk semua hidangan. Sambal ini enak dimakan dengan nasi putih, pulut, lontong, nasi impit mahupun ketupat. Rugi kalau tak cuba kerana rasanya pedas manis dan cukup membuka selera.
Bahan-bahan Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng


Bahan utama:
- 1/2 mangkuk ikan bilis (guna mangkuk gulai)
- 1 inci belacan
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu makan gula – boleh ubah ikut cita rasa
- 1 inci gula melaka
- Sedikit minyak masak
Bahan tumbuk kasar:
- 4 biji cili merah – potong kasar
- 2 biji tomato – belah 8
- 5 ulas bawang merah kecil
- 3 ulas bawang putih


Cara Memasak Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng
- Panaskan sedikit minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan. Kemudian goreng pula belacan dan angkat.
- Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng bahan tumbuk kasar hingga pecah minyak dan wangi.


- Masukkan ikan bilis dan belacan goreng tadi. Gaul hingga sebati.


- Tambahkan gula melaka dan biarkan hancur sepenuhnya sebelum dimasukkan garam serta gula.
- Rasa sambal dan sesuaikan perasa mengikut cita rasa.
- Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng siap untuk dinikmati!


Tips Tambahan:
- Jika suka sambal lebih pedas, boleh tambah beberapa biji cili padi dalam bahan tumbuk.
- Untuk tahan lama, pastikan sambal dimasak hingga benar-benar pecah minyak dan disimpan dalam bekas kedap udara.
Kredit resipi & foto: Tengku RosElyza Raja Muhammad
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kerabu Telur Masin Mudah & Sedap. 10 Minit Je Dah Siap.