Sambal Tempe Versi Basah, Jom Masak Untuk Berbuka

Share

Perggh tengok rupa sambal tempe ni dah tau sedap. Ni versi basah ada pulak ikan bilis rangup dalam sambal memang bertambah-tambah makan nasi.

Jom semak resipi sambal tempe dari Mariana Zainal ni. Ada orang suka buat kering, tapi versi basah ni lagi mantap makan dengan nasi. Pastikan ikan bili digoreng garing tau.

SAMBAL TEMPE VERSI BASAH


( resipi Mariana Zainal)

BAHAN-BAHAN :
4 peket tempe(hiris ikut suka dan goreng garing)
4 biji kentang(potong ikut suka dan goreng)
2 genggam ikan bilis (goreng garing)
2 1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Sedikit bahan perasa
1 keping asam keping
1/2 cawan air(sebaiknya air panas)

Bahan kisar:
25 pcs cili kering
1 biji bawang besar(kalo x berapa besar tambah lg 1 biji)
5 ulas bawang putih
1 cawan minyak masak
(kisar halus semua bahan ini)

CARA MEMASAK :
1. Masukkan bahan kisar dalam kuali.

2. Masukkan gula, garam, bahan perasa dan asam keping, masak hingga betul2 naik minyak dan sambal garing.

3. Masukkan air,biarkan mendidih ganas dan sambal pekat(pastikan pekat yer) .

4. Masukkan tempe dan kentang yang digoreng tadi. Kacau rata dan tutup api.

5.  Masukkan ikan bilis yang digoreng garing. Gaulkan dan siap dihidang. Boleh buang lebihan minyak…😃

Kredit : FB Mariana Zainal

ANDA MUNGKIN SUKA RESIPI INI :

ATAU JUGA RESIPI INI :

 

IKLAN