Sambal Taucu Ikan Bilis, Penambah Selera Makan Dengan Nasi Begitu Sahaja

Share

Kalau resipi sambal ni, cara pembuatan betul dan cukup bahan pasti menjadi sedapnya. Resipi Sambal Taucu Ikan Bilis ni memang laju kalau makan dengan nasi panas. Cara penyediaannya sangat mudah dan ringkas sahaja. Siapa yang bujang tu masak Sambal Taucu Ikan Bilis ni buat stok di rumah takde lauk lain pun dah kenyang.

 

SAMBAL TAUCU IKAN BILIS

 

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan bilis
  • Cili padi
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Belacan
  • Taucu masin
  • Minyak masak
  • Air asam jawa
  • Sedikit garam
  • Gula

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan minyak masak secukupnya dan goreng ikan bilis yang telah dibersihkan sehingga garing. Angkat dan toskan minyak, ketepikan.
  2. Dalam kuali yang baru, panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, cili padi dan belacan. Masukkan taucu masin.
  3. Setelah agak layu, masukkan air asam jawa secukup rasa.
  4. Masak hingga bawang layu dan dilenyekkan. Kemudian, tambahkan gula dan garam secukup rasa. Hati-hati meletakkan garam sebab taucu dah masin, boleh juga tak letak ikut citarasa anda.
  5. Akhir sekali tutup api dan biarkan sejuk. Bila sudah, masukkan ikan bilis goreng tadi dan gaul hingga rata.
  6. Dah siap untuk dihidangkan!

Kredit: Norliza Hassan

SELAMAT MENCUBA!

IKLAN