Resipi Sambal Kicap Johor Sedap & Tahan Lama. Cicah Apa Pun Memang Padu!

Share

Resipi Sambal Kicap ni memang padu! Andai ke Johor, macam-macam makanan boleh dicicah dan dicampur dengan sambal kicap ni. Pisang goreng, sukun goreng, tempe goreng malah makan bersama bihun sup atau soto pun memang sedap.

Nak buat pun tak susah dan bahan-bahannya sangat ringkas. Kalau nak cuba buat sendiri, jom ikut resipi Sambal Kicap Johor perkongsian saudari Ani Zam ni. Oh ya, ada juga petua supaya sambal kicap ni tahan lama — boleh simpan sampai 2-3 bulan dalam peti sejuk dan masih elok!

Resipi Sambal Kicap Johor Sedap

Bahan-bahan:

  • 20 biji cili padi hijau
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan gula pasir
  • 1/2 cawan kicap (boleh guna apa-apa jenama, empunya resipi guna kicap Jalen manis)

Cara Memasak Sambal Kicap:

  1. Goreng cili padi dan bawang putih menggunakan sedikit minyak. Angkat kemudian masukkan ke dalam lesung batu.
  2. Masukkan sekali gula. Tumbuk lumat semua bahan dan masukkan pula kicap ke dalam lesung batu.
  3. Golek-golekkan anak lesung agar semua bahan sebati dengan kicap.
  4. Sambal Kicap Johor paling ringkas dan sedap kini siap untuk dihidang!

Info & Petua Sambal Kicap Tahan Lama

  • Sambal kicap ini boleh dibuat dalam jumlah banyak untuk stok. Simpan dalam peti ais, bila nak guna ambil saja.
  • Sesuai dimakan bersama sup, soto, pisang goreng, sukun goreng, keledek goreng dan macam-macam lagi.
  • Untuk sambal kicap tahan 2 hingga 3 bulan, jangan tambah air — hanya guna kicap sahaja.
  • Pastikan guna sudu yang kering apabila mengambil sambal tersebut.
  • Petua orang dulu-dulu: Jangan buang tangkai cili padi masa buat sambal kicap untuk elak sakit perut.

Kredit resipi & foto: Ani Zam

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Power, Masak Asam Pedas Rebus Stail Orang Utara

Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Published by
Nur