Sambal Kelantan Resipi Turun Temurun, Memang Tak Rugi Cuba

Share

Buat sambal belacan ni tidak semua orang pakar membuatnya. Nak bagi seimbang rasa memang agak sukar kecuali yang sering membuatnya. Kalau ada yang nak cuba buat sambal Kelantan boleh cuba resepi ini. Resepi turun temurun arwah nenek mertua Ruby Suhana Said yang dulunya memang ketua tukang masak kenduri. Sambal ni makan dengan apa pun sedap. Buat pes jadi kuah dengan ikan/ ayam/ udang pun sedap. Selamat mencuba.

SAMBAL KELANTAN/ SAMBAL MOK

 Bahan-bahan:

4 biji bawang Holland (dibakar/ panggang)

1 labu bawang putih (dibakar/ panggang)

4 biji tomato (dibakar/ panggang)

6 biji cili merah

1 genggam cili api (ikut level pedas masing-masing)

8 biji limau kasturi (blender dengan kulit)

1 cawan cuka

2 keping kecil / 1 keping besar gula Nisey (gula kerek)

4 sudu makan gula putih (ikut level manis masing-masing)

Garam sikit je

***tak payah tambah air

Cara membuat:

1.Blend semua bahan, biar sekejap beberapa jam sebelum masuk dalam balang. *Kalau simpan dalam fridge memang boleh tahan lama.

Kredit: Ruby Suhana Said

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN