Sambal Getuk Berapi, Ganding Nasi Putih Terus Berselera Jadinya

Share

Adakala selera kita dah tak mampu nak menghadap makanan berlemak santan, berminyak, dan berkuah. Mulalah rasa macam nak cari sambal. Nak makan lauk yang kering-kering kan. Jangan bimbang, sambal getuk berapi pasti membuka selera.

Resipi ini memang paling mudah. Guna empat bahan asas yang memang ada di dapur sahaja. Tapi, tak sedar nasi dah habis sepinggan. 

Sedap tak terkata. Makan dengan nasi panas, telur mata, dan kicap, memang syahdu. Jom cuba perkongsian resipi daripada Nuraini Hazirah Zulkefli Parenzas ini. Mudah sahaja cara membuatnya.

BAHAN-BAHAN:

Ikan bilis – Boleh beli online di sini

Bawang putih

Bawang merah

Cili api – Boleh beli online di sini

Serbuk perasa

Gula – Boleh beli online di sini

Limau kasturi

CARA MEMASAK:

Goreng ikan bilis hingga rangup.

Gorengkan pula bawang dan cili padi hingga layu.

Kemudian, tumbuk sehingga hancur.

Tambahkan serbuk perasa dan gula.

Setelah itu, perahkan limau kasturi.

Makan dengan nasi panas, telur mata dan kicap. Memang syahdu.

Selamat mencuba. Buat stok banyak-banyak pun boleh. Bila terasa nak makan, buka sahaja botol atau bekas, dah boleh makan.

Kredit: Nuraini Hazirah Zulkefli Parenzas

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN