Sambal Bilis Garing Telur Masin Cik Ma, Seimbang Rasa Manis, Masin Dan Pedasnya

Share

Sambal bilis garing telur masin Cik Ma, seimbang rasa masin, manis dan pedasnya. Sesuai dimakan bila-bila masa. Sambal ini sesuai dinakan bersama nasi putih panas-panas atau pun bubur nasi. Memang ngam habis. Buat untuk anak-anak bawa bekal ke asrama pun sesuai sebab tahan lama.

Yang nak pergi travel pun, sesuai bawa sambal ini sebagai bekalan.

Sambal ini sesuai dimakan bila-bila masa termasuklah waktu sahur. Kadangkala tekak kita nak layan lauk yang simple macam ni je kan? Takut nanti makan bertambah-tambah pula.

Boleh cuba resipi ini yang dikongsikan oleh puan Zainor Shima Ihsan

(Cik Ma) ini. Katanya sambal ini

Sambal Bilis Garing Telur Masin

Bahan-bahan:

500 gram cili kering kerinting pedas @ cili kering besar tak pedas. Boleh mix cili ye – boleh beli online di sini

500 gram ikan bilis kopek – boleh beli online di sini

Sedikit bawang goreng segera

Gula halus atau gula pasir ( dikisar terlebih dahulu ) – boleh beli online di sini

Garam bukit ( pilihan) – boleh beli online di sini

Serbuk cheese ( pilihan)

2 ketul kiub ayam – boleh beli online di sini

 Serbuk secukup rasa

Serbuk salted egg/ telur masin jenama Bestari

Minyak masak – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Gunting cili kering kecil-kecil. Tapis dalam bekas jaring untuk buang biji-biji. Basuh cili kering dan tos untuk keringkannya. Kemudian goreng dalam minyak panas sekejap je. Goreng sampai garing. Jangan sampai hangus ye.

Kemudian guna blender kering, kisar bersama sedikit garam. Biar sederhana halus.

Ikan bilis digoreng sampai garing. Bahagi kepada dua bahagian. Kisar sederhana halus dan kasar.

 Panaskan minyak. Guna lebihan minyak gorengan cili kering tadi, ambil 4 sudu besar minyak. Masukkan 2 ketul kiub ayam dan hancurkan sehingga sebati dengan minyak. Kacau hingga sebati. Guna api paling kecil sekali.

Masukkan cili kering kisar, ikan bilis goreng kasar dan halus, bawang goreng, gula halus, serbuk perasa, serbuk telur masin, serbuk cheese ( terpulang nak letak atau tidak).

Sentiasa gaul semua bahan tadi dalam 5-8 minit untuk sebatikan bahan-bahan supaya tidak hangus dan tutup api.

Siap! Sejukkan terlebih dahulu sebelum masukkan dalam bekas. Ada rasa pedas manis masin. Sambal ikan bilis pun bau wangi cheese/telur masin. Dah siap. Selamat mencuba!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

 

IKLAN