Sambal Ayam Pedas Merecik Rasa

Share

Fikir untuk menu tengah  hari ni. Nak rasa puas makan cubalah buat resipi Sambal Ayam Pedas. Gerenti bertambah nasi nanti. Boleh guna daging untuk resipi ini.

SAMBAL AYAM

Bahan-Bahan:
Ayam
Cili kering (direbus)
Bawang besar
4 sekawan
Bawang putih
Serai
Asam keping


1 senduk kecil sos cili
Gula dan garam secukupnya
Sedikit kicap
Daun kari

Cara membuat:

1.Ayam digoreng separuh masak.Cabai kering direbus. Lepas tu toskan.
2.Kisar bersama sebiji bawang besar. Minyak gorengan tadi boleh digunakan untuk tumis 4 sekawan(kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang)halia dan bawang putih yang diketuk dan serai.
3.Kemudian masukkan cabai yang dikisar tadi.Tambah sikit air.
4.Masuk sekeping asam keping.


5.Masukan 1 senduk kecil sos cili.Tunggu mendidih baru masuk ayam.Masuk gula dan garam.aji sikit jika suka.Tambah lagi air dalam setengah cawan. Biar mendidih.

6.Agak-agak dah hampir kering, letak kicap sikit untuk dapat warna yang cantik.
7.Masuk bawang besar yang dihiris bulat.
8.Gaul kesemuanya.
9.Lepas tu baru letak daun kari.Gaul lagi.Dah naik bau daun kari, tutup api.

Sumber : Mariana Abd Majid

 

IKLAN