Sambal ayam daun kari ini boleh masuk dalam senarai resipi sambal ayam kita yang sememangnya ada banyak versi.
Tapi resipi yang ini rasanya tidak semata pedas sebaliknya diimbangi rasa manis serta rempah yang wangi terutama sekali dari daun kari. Boleh hidangkan dengan nasi putih mahupun nasi minyak. Dua-dua sedap.
Resipi sambal ayam daun kari
Bahan-bahan
1 ekor ayam – dipotong kecil (20 ketul)
Garam & serbuk kunyit secukupnya (untuk perap)
Minyak untuk menggoreng
Bahan kisar
25 tangkai cili kering (atau lebih jika suka pedas)
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu besar jintan manisS
Bahan tumis & perasa
2 batang serai – dititik
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat karamel (optional, untuk warna & rasa)
Sedikit air asam jawa
Garam, gula & serbuk perasa secukupnya
2–3 tangkai daun kari
2 biji bawang besar – dipotong bulat
Ads
Cara memasak ayam sambal daun kari
1. Basuh ayam, gaul dengan garam dan kunyit. Goreng hingga kekuningan (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
2. Kisar semua bahan kisar hingga halus. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau.
3. Masukkan serai titik, sos cili, sos tiram dan kicap karamel. Kacau sebati.
Ads
4. Tambah sedikit air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa mengikut citarasa.
5. Masukkan daun kari dan ayam goreng tadi. Gaul hingga sebati dan kuah menyerap.
6. Masukkan hirisan bawang besar, kacau seketika dan padamkan api. Siap untuk dihidang!
Ads
Tip Ekstra
Nak sambal lebih pekat, tambah sedikit lagi cili kering atau masak lama sikit hingga kuah berkilat.
Nak pedas berapi, masukkan 5–10 biji cili padi semasa kisar bahan.
Lebih wangi, gunakan daun kari segar dan tumis hingga garing sedikit sebelum masukkan ayam.
Ayam cetti antara masakan India yang enak dimakan bersama dengan nasi, roti atau pun roti puri. Kaya dengan rasa rempah dengan kuah yang pekat sesuai untuk hidangan makan tengah hari membawa ke petang.
Resipi ayam Cetti
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam potong ikut suka(kunyit garamkan dan goreng)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 tangkai daun kari
3 sudu besar rempah kerutuk(atau serbuk kari)
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
4 sudu besar sos tomato
Buah pelaga, kayu manis ,bunga lawang
Gula, garam
Sedikit air
Cara membuat:
1. Tumbuk atau kisar bawang merah bawang putih dan halia
2. Tumis bahan kisar, daun kari bersama rempah 3 sekawan hingga wangi.
3. Masukkan rempah kerutuk, tumis lagi hingga pecah minyak kemudian masukkan
sos tomato,kicap dan sos tiram.
4. Tambahkan sedikit air masukkan ayam dan perasakan gula garam
Setiap jenis ayam gunting ada rahsia kesedapan yang tersendiri. Ini rahsia yang super easy bagi amatur untuk menggoreng isi ayam sedap seperti jual di kedai. Selalunya isi ayam memang kurang digemari ini cara untuk galakkan makan isi ayam.
AYAM GUNTING
BAHAN-BAHAN:
Isi ayam-potong nipis-nipis
1 kotak tepung goreng ayam yang kecil
1 1/2 cawan serbuk roti
Telur
CARA MEMBUAT:
Campurkan tepung dengan serbuk roti.
Masukkan ayam dan gaul sekata.
Celup ayam dalam telur.
Masukan kembali dalam tepung tadi dan goreng deep fried. (buat sekeping-sekepinh jangan masukan semua ayam tu dalam tepung)
Angkat toskan dan taburkan serbuk istimewa.
INFO: Ketuk isi ayam terlebih dahulu untuk dapat isi ayam lembut. SERBUK AYAM GUNTING
1 kiub ayam
2 sudu besar serbuk paprika (kalau suka pedas boleh tambah)
Twisties BBQ curry separuh sahaja guna dari 1 paket besar
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar gula
CARA MEMBUAT:
Kisar kering semua bahan diatas dan siap.
Gaul dengan ayam yang baru digoreng dan gunting ikut ketebalan yang anda suka.
Ramai yang bertanyakan resipi-resipi masakan Western yang dijual di restoran-restoran. Khas buat anda, RASA kongsikan tiga resipi makanan barat popular di negara kita. Jadi tak perlulah selalu makan di kedai. Anda pun boleh masak sendiri di rumah. Senang je!
1. CHICKEN CHOP CAMPUR
BAHAN-BAHAN:
2 keping isi paha ayam tanpa tulang
1 biji telur
1 cawan tepung goreng ayam segera
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Sosej ayam
Potongan ubi kentang ( fries)
BAHAN SOS PERANG :
3 ulas bawang putih | cincang halus
1 biji bawang besar | cincang halus
1 sudu makan serbuk lada hitam
1/2 cawan Demi Glace Brown Sauce ( serbuk sos perang) – boleh dibeli di pasaraya
1 sudu makan mentega
1/2 cawan air – untuk bancuh sos perang
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Cara untuk menyediakan chicken chop, celup ayam dengan telur, kemudian gaul dengan tepung goreng ayam.
Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. Angkat dan toskan.
Seterusnya goreng sosej dan kentang. Angkat dan ketepikan.
Bagi menyediakan sos, panaskan kuali dan cairkan metega. Tumiskan bawang putih dan merah hingga wangi.
Masukkan serbuk sos perang yang telah dibancuh dengan air tadi.
Kacau rata dan perasakan dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam secukupnya. Setelah kuah pekat, padamkan api.
Hidang ayam, sosej dan kentang goreng dalam pinggan.
Tuangkan sos dan sedia dihidangkan panas-panas.
INFO CHEF:Bahan sampingan Chicken Chop boleh pelbagaikan ikut citarasa. Anda boleh tukar dengan coslow, kentang putar atau salad.
2. FISH & CHIP
BAHAN PERAPAN IKAN DORI:
4 keping ikan dori
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk lada sulah
Sedikit perahan jus lemon
BAHAN SALUTAN IKAN DORI:
1 cawan air
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1 sudu teh baking powder
Garam secukup rasa
1 cawan serbuk roti
Minyak masak | untuk menggoreng
BAHAN SAMPINGAN:
Sosej
Kentang goreng
Mayones
Sos cili
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan perapan ikan dori, keringkankan ikan terlebih dahulu dengan menggunakan tisu dapur.
Kemudian lumurkan dengan serbuk lada hitam, lada sulah dan garam. Perahkan jus leman. Perapkan seketika.
Untuk menyediakan bahan adunan ikan, satukan tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan garam ke dalam bekas yang besar.
Masukkan air sedikit demi sedikit kacau hingga sebati dan tidak berketul.
Panaskan minyak masak. Sementara itu, celup ikan dori ke dalam adunan tadi.
Lumur ikan dengan serbuk roti. Gaul rata hingga keseluruhan ikan tersalut serbuk roti.
Perlahan-lahan masukkan ke dalam minyak dan oreng hingga keemasan.
Angkat dan toskan lebihan minyak. Sedia dihidang dengan kentang goreng, sos cili dan mayones.
INFO CHEF:Untuk lebih mudah, anda boleh menggunakan tepung segera untuk perap dan salut ikan dori sebelum digoreng.
3. SPAGETI MEATBALL MOZA
BAHAN-BAHAN:
1 paket spageti | rebus hingga masak
6 ulas bawang merah | cincang
2 ulas bawang putih | cincang
2 biji tomato | potong dadu
500gm daging kisar
1/2 batang lobak merah | potong dada halus
4 biji cendawan butang | potong dadu
250gm puri tomato
250gm sos tomato
½ cawan susu segar
1 cawan air
Sedikit Italian Herbs
1 kiub stok@pati daging lembu
100gm mozarella
10 biji meatball / bebola daging
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan goreng meatball hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
Kemudian tumis bawang merah dan putih hingga wangi.
Masukkan daging kisar, terus kacau hingga daging bertukar warna keperangan.
Seterusnya masukkan hirisan lobak merah, cendawan butang dan tomato.
Setelah sayur layu, masukkan sos tomato, puri tomato, air dan susu, Kacau hingga sekata.
Apabila mendidih, masukkan Italian Herbs dan stok daging lembu. Tambahkan sedikit garam jika tidak masin.
Biarkan kuah mereneh atas api perlahan hingga kuah pekat.
Letak spageti dalam pinggan hidangan dan tuangkan kuah bolognese di atasnya.
Akhir sekali taburkan keju mozarella serta meatball. Masukkan ke dalam ketuhar gelombang selama dua minit untuk mencairkan keju.
Sedia dihidangkan panas-panas.
INFO CHEF:Anda boleh juga mengguna kuah Carbonara untuk resipi dan cara memasak yang sama.
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.