Makanan barat ni sebenarnya ringkas aje buatnya. Terutama menu snek dan kudapan, punyalah sedap boleh kenyang sampai ke malam. Tapi hati-hati tak boleh makan selalu nanti gemuk la pulak.
Apa pun sajian sebenarnya memang tak boleh ‘terlebih’makan. Okay, ni dia resipi ori dari barisan tenaga pengajar Chef Muhammad Aizat Sha’rani dan team chef Sg Academy yang terletak di Putra Majestik, Jln Kasipillay, Kuala Lumpur.
Chef Muhammad Aizat Sha’rani (kanan sekali) dan pasukan
Buat sendiri kan lagi jimat…
1. MAC N CHEESE PRAWN
BAHAN-BAHAN:
500 gm makaroni
50 – 80 gm mentega
2 sudu makan tepung gandum
500ml susu segar
250 gram keju parut (shredded)
6 ekor udang | dibuang kulit
Setangkai daun parsli | dicincang
Garam secukup rasa
Lada sulah atau lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Masak makaroni di dalam periuk mengikut arahan masa di bungkusan. Tos dan masukkan kembali ke dalam periuk. 2. Udang direbus. Angkat dan tos. 3. Cairkan mentega di di dalam kuali dan masukkan tepung. Goreng tepung sambil dikacau selama 1 minit atas api perlahan. 4. Perlahan-lahan tuang susu sambil kacau. 5. Masukkan udang dan cendawan. 6. Kacau sehingga ianya hampir mendidih, kecilkan api dan biarkan mereneh selama 2 minit. Tutup api. 7. Masukkan keju dan kacau sehingga ianya cair dan sebati. 8. Tuangkan sos keju ke atas pasta dan kacau sehingga bergaul dan bersalut rata 9. Tabur garam dan lada hitam secukup rasa 10. Masukkan daun parsli dan kacau rata. 11. Teruskan hidang sementara masih panas.
Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 25 hingga 30 minit Cara memasak: Rebus dan reneh Jenis masakan: Sajian barat Keistimewaan: Rasa yang begitu enak berkrim dengan udang segar.
Info Chef :Selain udang anda boleh menggantikan dengan makanan laut yang lain atau pun ayam
Ads
2. BELGIUM WAFFLES
BAHAN-BAHAN:
1 biji telur gred A
1 cawan tepung serbaguna @gandum
2 sudu teh serbuk penaik
3/4 cawan susu segar
1/2 cawan mentega | dicairkan
1 1/2 sudu makan gula kasterr
1/2 sudu teh esen l vanilla
CARA MEMASAK :
1. Panaskan pembakar waffle (waffle maker). Ayak tepung bersama baking powder. 2. Pukul telur hingga betul-betul kembang. 3. Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan lain dan pukul lagi hingga sebati. 4. Apabila pembakar waffle maker sudah panas, masukkan sesenduk adunan bater dan ratakan. 5. Tutup penutup pembakar (waffle maker) dan masak sehingga waffle masak.
Saiz hidangan: 4 0rang Waktu memasak:15 hingga 20 minit Cara memasak: Bakar Jenis masakan: Waffle Belgium Keistimewaan: Sedap dimakan dengan krim dan buah-buahhan
Info chef: Waffle juga enak dimakan dengan madu, mentega, coklat , jem dan sirap maple.
3. FUNNEL CAKE FRIES
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung serba guna
1sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh garam
2 biji telur
4 cawan gula putih
½ cawan susu
1 sudu teh esen vanilla
4 cawan minyak masak
Serbuk kayu manis secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Tuang tepung ,serbuk penaik dan garam dalam satu mangkuk. 2. Dalam bekas yang lain masukkan telur,gula,susu dan vanilla pukul dengan mixer sehingga berbuih. 3. Campurkan bahan yang dipukul dengan mangkuk yang mengandungi tepung,serbuk penaik dan garam. 4. Gaul sehingga sebati. 5. Letakkan adunan di dalam beg piping. 6. Tuang minyak kedalam periuk yang besar setinggi 2.5 sm. Panaskan minyak 350 darjah F. 7. Paip adunan membentuk garis panjang dan lurus ke dalam minyak dan goreng sehingga keemasan. 8. Angkat dan toskan minyak seketika seblom disalut dengan cinimon gula. 9. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan: 4- 5 orang Waktu memasak:25 hingga 30 minit Cara memasak: Goreng Jenis masakan: Kudapan Amerika Syarikat (U.S.A) Keistimewaan:Enak dimakan dengan coklat sos dan sos/jem buah-buhan beri
Info chef :Adunan bater tradisi menggunakan tepung , gula, susu , vanilla dan tepung, seaakan sama dengan adunan membuat penkek tradisi Amerika Syarikat tetapi adunannya tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
4. CALZONE
Ads
BAHAN-BAHAN:
Bahan untuk doh :
300gm tepung gandum
6 gm yis
20 gm mentega
10 gm gula halus
1 sudu teh bread improver
¼ sudu teh garam
1½ sudu makan madu
170ml air
1 sudu makan mayonis
Bahan untuk inti ayam :
1 cawan isi ayam | dicincang halus
1 biji bawang besar | dihiris dadu
2 ulas bawang putih | ditumbuk halus
2.5 sm halia | ditumbuk halus
1 sudu makan pes cili
1 sudu makan rempah kari daging
½ sudu makan sos tomato
Sedikit daun bawang | dihiris halus
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
5 biji cili padi
¼ batang lobak merah
Sedikit parutan keju cedar
Sedikit air
CARA MEMASAK : Doh: 1. Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. 2. Tambah mentega dan terus meNggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung.Kemudian bulatkan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. Inti ayam : 4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, halia, sos tomato dan cili kisar hingga garing. 5. Masuk rempah kari daging dan kacau rata. Tambah daging ayam cincang dan cili padi yang diketuk, kacau dan tuang air.Masak hingga pekat. 6. Perasakan dengan garam dan secubit gula.Masak hingga kering. Matikan api, masukkan hirisan daun bawang, kacau rata dan sejukkan. Calzone : 7. Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang udara. bahagikan pada 4 bahagian sama besar, bulat-bulatkan. 8. Ambil 1 bahagian, canai hingga leper.Sapukan permukaan doh yang dicanai dengan kuning telur agar mudah lekat bila di klim nanti. 9. Letak daun salad 1/4 bahagian inti ayam dan taburkan parutan keju, kemudian lipat dua dan tekan hujungnya biar bercantum. Buat hingga siap pada baki adunan. 10. Susun dalam loyang pembakar yang telah disapu sedikit minyak masak, biarkan doh mengembang sedikit kemudian sapu kuning telur pada setiap permukaan calzone dan cucuk2 sedikit dengan garfu 11. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan.
Saiz hidangan:4 orang Waktu memasak:30 hingga 40 minit Cara memasak: Bakar Jenis masakan: Sajian berasal dari Itali Keistimewaan: Inti yang lazat dengan kulit yang lembut
Info chef :Doh juga boleh dikelim seperti karipap di kelilingnya
5. SLOPPY JOE
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging cincang
3 ulas bawang putih | dicincang
1 biji bawang besar holland |dicincang
1 cawan sup tomato
1 cawan puri tomato
½ cawan sos cili
1/3 cawan gula perang
3 sudu besar kicap
2 sudu makan | boleh letak lebih jika suka
12 biji bun burger
CARA MEMASAK : 1. Tumis bawang besar, bawang putih hingga sedikit garing. 2. Masukkan daging cincang dan goreng hingga masak. 3. Campurkan semua bahan-bahan lain dan reneh 20 minit. Kacau sekali sekala 4. Sudukan daging cincang di atas roti burger. 5. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan: 12 biji burger Waktu memasak:30 hingga 35minit Cara memasak: Tumis Jenis masakan: Burger Keistimewaan: Tidak menggunakan kepingan daging burger sebaliknya daging cincang yang dimasak lazat
Info chef : Berbeza dengan burger daging biasa, sloppy joe burger hanya dilapisi daging cincang yang dimasak tanpa perlu meletakkan bahan lain. Anda boleh menambah keju jika suka.
RESIPI : CHEF MUHAMMAD AIZAT SHA’RANI, CHEF NADZIRAH ABDUL RAZAK DAN CHEF FARIBUS ANAK KANDAU
TERIMA KASIH : MR PRABHA, SG ACADEMY, Lot D-00-03A, Putra Majestik , Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Bertih jagung atau popcornkaramel ni antara snek ringan yang popular lebih-lebih lagi kalau pergi menonton wayang. Susah sangat ke nak buat benda ni? Jawapannya, tak pun. Mudah sahaja. Dengan hanya guna periuk biasa, anda boleh hasilkan popcorn homemade enak buat anak-anak. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nurul Hidayah Zakaria ni. Bolehlah makan sambil menonton TV di hari cuti. Pasti best!
CARA BUAT POPCORN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN POPCORN :
1/3 cawan jagung popcorn
1 sudu besar mentega
2 1/2 sudu besar minyak masak
BAHAN-BAHAN CARAMEL :
1/3 cawan gula castor/gula pasir
1 sudu besar mentega
CARA MEMASAK:
1. Keluarkan periuk bertutup yang sederhana besar saiznya. Jangan guna periuk kecil. Tak muat popcorn nak mengembang nanti. Panaskan minyak dan mentega dengan api sederhana. Api jangan terlalu besar, nanti popcorn hangit.
2. Bila minyak dan mentega dah panas, masukkan satu biji jagung dalam periuk dan tunggu sampai dia bunyi ‘pop’. Bila dah dengar bunyi ‘pop’ tu, jagung tadi dah kembang. Jadi, bolehlah masukkan semua jagung tadi dalam periuk. Kacau rata bagi semua kena minyak dan mentega tadi.
3. Tutupkan periuk dengan penutup dia. Pastikan api sederhana kecil. Dan tunggu jagung dalam tu meletup-letup bunyinya. Jangan buka penutup periuk sebab jika buka, popcorn akan bersembur keluar. Tunggu sampai habis ‘meletup’ dalam tu, sekali sekala, goyang dan goncangkan periuk manja-manja supaya semua jagung dapat ‘meletup’ dengan sempurna. Tunggu sampai dah tak ada bunyi ‘pop’ baru buka dan tengok kejadiannya. Api jangan lupa tutup.
4. Ha, inilah hasilnya lepas habis semua ‘letupan pop’ tadi. Cantikkan? Keluarkan dari periuk dan letakkan dalam bekas lain. Kita nak buat caramel dia pula.
5. Dalam kuali lain, masukkan gula pasir. Panaskan dengan api sederhana. Tunggu sampai gula mencair dan jadi caramel tetapi jangan sampai hangit sebab bila salut dengan popcorn, ia akan menjadi pahit. Agak-agak gula tadi dah jadi warna perang-perang coklat, masukkan mentega. Kacau sampai mentega cair.
6. Tutup api. Masukkan popcorn yang dah siap tadi dalam kuali, dan kacau sehingga rata.
7. Bila dah rata semuanya, pindahkan popcorn bercaramel tadi dalam dulang untuk disejukkan. Sambil-sambil tu boleh lerai-leraikan popcorn yang melekat. Dah sejuk, boleh simpan dalam bekas kedap udara dan bolehlah makan sambil tengok drama kegemaran.
Info RASA:
Semasa menyejukkan popcorn, dulang boleh dilapik menggunakan ‘baking paper’ bagi memudahkan popcorn sejuk serta tidak melekat pada dulang.
Ayam sering dikatakan sebagai salah satu punca berat badan naik dan ia sering dielak oleh mereka yang sedang berdiet. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa resipi masakan ayam yang seimbang dan sihat yang telah dikongsikan oleh Coach Yatie Nadzil di laman facebooknya.
AYAM KUKUS HALIA BERGAJUS
Bahan-Bahan
Isi Ayam (bahagian dada yang telah dibuang kulit)
Bawang putih (dihiris halus)
Bawang merah (dihiris nipis)
Brokoli
Bunga kubis
Cendawan dan Kulat Hitam
Serai (dihiris halus)
Kacang Peas
Capsicum (dihiris)
Gajus
Garam dan lada sulah secukup rasa
Cara Penyediaan
Gaulkan ayam dengan garam dan lada sulah secukup rasa.
Tabur halia, bawang putih, brokoli, kacang peas, bunga kubis, cendawan dan kulat , serai, capsicum, gajus dan bawang merah di atas ayam.
Kukus 15-20 minit
KERABU AYAM TOMATO
Bahan-Bahan
Isi Ayam (direbus dan diracik halus)
Bawang besar (dihiris nipis)
Tomato (dihiris nipis)
Cili padi
Air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air perahan limau kasturi
Cara Penyediaan
Gaul kesemua bahan.
Perah limau kasturi.
Masukkan gula dan garam secukup rasa.
SUP AYAM
Bahan-Bahan
Isi Ayam (dibasuh dan dibuang kulit)
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
Lobak merah dan kentang (dipotong dadu)
Kulit kayu manis
Bunga cengkih
Buah pelaga
Lada hitam
Daun ketumbar (hiasan)
Garam secukup rasa
Cara Penyediaan
Kisar bawang putih, bawang merah dan halia.
Rebus isi ayam.
Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar bersama kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga ke dalam rebusan ayam.
Biarkan beberapa minit, kemudian masukkan lobak merah, kentang dan bawang besar yang telah dihiris. Garam secukup rasa.
Letakkan daun sup/ daun ketumbar untuk menaikkan aroma sup.
AYAM PANGGANG REMPAH KARI
Bahan-Bahan
Isi Ayam (dibasuh dan dibuang kulit)
Kunyit dan garam
Sedikit cili kering (dikisar)
Rempah kari
Daun kari
Halia
Cara Penyediaan
Gaul isi ayam bersama kunyit dan sedikit garam.
Masukkan satu sudu besar cili yang telah dikisar.
Gaul bersama halia dan satu sudu besar rempah kari.
Daun kari dan halia untuk naikkan aroma.
Panggang dalam magic pan selama 7-10 minit.
AYAM KUKUS PANDAN BERKUNYIT
Bahan-Bahan
Isi Ayam (dibasuh dan dibuang kulit)
Bawang putih
Halia
Kunyit
Jintan putih
Ketumbar
Garam secukup rasa
Cara Penyediaan
Gaul isi ayam bersama bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus, kunyit, jintan putih, ketumbar dan garam secukup rasa.
Balut ayam dengan daun pandan.
Kukus sekama 7-10 minit.
TOMYAM PUTIH THAILAND
Bahan-Bahan
Isi Ayam (dibasuh dan dibuang kulit)
2 batang serai (dipotong serong)
Seinci halia (dihiris nipis)
Sedikit lengkuas (dihiris nipis)
Daun limau purut
Lobak merah
Tomato
Bunga kubis
2 biji bawang besar dibelah 4
Kulat/ Cendawan
Cili Padi
Garam secukup rasa
Cara Penyediaan
Rebus isi ayam.
Masukkan bawang besar, halia, lengkuas, serai.
Kemudian masukkan daun limau purut, cili padi ( ikut selera ) dan lobak merah. Biarkan untuk beberapa minit.
Akhir sekali, masukkan kulat atau cendawan, bunga kubis dan tomato.
Garam secukup rasa.
ASAM PEDAS AYAM
Bahan-Bahan
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
Kunyit hidup
Satu sudu cili kering (dikisar)
Cili padi
Serai
Daun limau purut
Isi Ayam (dibasuh dan dibuang kulit)
Garam secukup rasa
Cara Penyediaan
Kisar bawang putih, bawang merah, kunyit hidup, cili padi dan cili kering yang telah dikisar.
Renehkan bahan-bahan yang telah dikisar bersama isi ayam (tambah air mengikut citarasa. kuah pekat atau kuah cair).
Masukkan serai dan daun limau purut dan biarkan ianya masak selama beberapa minit.
Masukkan garam secukup rasa.
TAUHU AYAM SUMBAT
Bahan-Bahan
Isi Ayam (direbus dan ditumbuk lumat)
Taugeh
Lobak merah(dihiris halus)
Garam
Lada sulah
Tauhu
Daun bawang (dihiris halus)
Cara Penyediaan
Gaulkan isi ayam, lobak merah, taugeh, daun bawang , lada sulah dan garam sehingga sebati.
Potong tauhu menyerong dan sumbatkan bahan bahan yang telah digaul di bahagian tengah tauhu.
Kukus selama 5-8 minit.
SAYUR PEAS KUKUS BERSAMA AYAM
Bahan-Bahan
Isi Ayam (dibasuh dan dibuang kulit)
Kacang peas
Lobak merah
Putik jagung
Cili padi/cili besar
Gula dan garam secukup rasa
Cara Penyediaan
Gaulkan isi ayam bersama kacang peas, lobak merah dan putik jagung yang telah dipotong.
Pernah cuba makan Sambal Ikan Pari Kering? Nampak sangat sedap masakan saudari Zizah Mizie ni ikan?
Masak sambal ikan masin mungkin ramai yang sudah biasa namun psti ada juga dikalangan kita yang tidak pernah masak ikan pari kering ni.
Macam min sendiri, belum pernah masak ikan pari kering.Biasa lihat jika ke pasar tau psr malam namun tiada idea cara untuk mengolahnya dan juga resipi apa yang sesuai untuk dimasak.
Dengan adanya resipi perkongsian saudari Zizah ni, barulah tahu, rupanya jika dimasak sambal, memang sedap! Nanti bolehlah cuba beli ikan pari kering ni dan cuba sendiri menu ni. Pasti terangkat!
CARA MASAK SAMBAL IKAN PARI KERING PALING SEDAP & MUDAH
Berita gembira buat semua pencinta makanan! Jabatan Warisan Negara secara rasmi telah mewartakan 117 jenis makanan Malaysia sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Deklarasi Objek...