Pada 22 Mac 2025 yang lalu, bersempena dengan RASA Bubur Lambuk Rewang Wira, sebanyak 8,000 pek bubur lambuk telah dimasak di Dataran Merdeka dan diedarkan di sekitar Kuala Lumpur oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk dari Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Para anggota telah turun padang untuk bersama-sama menyediakan pek-pek bubur lambuk bersama-sama sukarelawan dan komuniti setempat.
Kalau nak masak bubur lambuk, pastinya wajib ada beras. RASA Bubur Lambuk Rewang Wira kali ini takkan berjaya dihasilkan tanpa SAJI Aroma Beras Wangi Malaysia. Aroma pandan yang wangi dicampur dengan bahan rempah lain dalam penyediaan bubur lambuk ini memang sangat sebati dan menyelerakan. Hebat sekali produk tempatan ini – SAJI Aroma Beras Wangi Malaysia yang dihasilkan oleh FGV Holdings Berhad (FGV). Warga FGV juga turut turun padang untuk membantu membungkus bubur lambuk sebelum diedarkan kepada orang ramai.
Ads
Sepanjang program ini berlangung di Dataran Merdeka, orang ramai yang datang ke reruai FGV berpeluang untuk memenangi hadiah percuma dengan setiap pembelian, selain daripada menerima sampul raya eksklusif SAJI AROMA secara percuma.
Ads
Ads
RASA Bubur Lambuk Rewang Wira kali ini telah berlangsung dengan jayanya. Peristiwa yang meriah ini dihadiri oleh Encik Abdul Razak Bin Aya, Ketua Pertanian Bersepadu FGV; dan Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, yang bekerjasama dalam membantu pengagihan bubur lambuk kepada orang ramai di Dataran Merdeka.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Selesai sudah Program RASA Bubur Lambuk Rewang Wira yang berlangsung di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Fuh… Masih terasa kemeriahan serta kehangatannya.
Seawal jam 8.00 pagi, sebanyak 15 periuk Bubur Lambuk dimasak dengan penuh teliti dengan menggunakan bahan-bahan yang terbaik. Panas dan bahang memang terasa namun rewang memasak ini dilakukan bersama-sama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membabitkan tiga pasukan badan beruniform negara iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), menjadikan program berjalan dengan lebih lancar.
Turut hadir memberi sokongan kepada program ini adalah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar yang diiringi oleh Ketua Staf Markas Tentera Darat Leftenan Jeneral Dato’ Zaidan bin Atan mewakil Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk (Dr.) Zulhhelmy bin Ithnain dan Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Dato’ Azhan bin Hj Md Othman.
Walaupun sibuk dengan tugasan, namun tetap meluangkan masa untuk bersama-sama barisan petugas dalam menjayakan program ini.
Sesi pembungkusan berjalan dengan lancar. Sebanyak 8000 pek Bubur Lambuk berjaya disiapkan dan habis diagihkan kepada orang ramai.
Selain di Dataran Merdeka, agihan turut dilakukan di hospital, masjid, bazar Ramadan, rumah kebajikan dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan pusat pelancongan. Terima kasih kepada warga Lembah Klang yang berpusu-pusu datang demi merasai sendiri keenakan Bubur Lambuk yang disediakan.
Program Bubur Lambuk kali ini tentunya lebih istimewa dan membawa makna yang tersendiri kerana adanya AJI-SHIO®. Tahun ini merupakan tahun ke-7 AJI-SHIO® bersama-sama RASA & Nu Ideaktiv bagi menjayakan Program Bubur Lambuk.
Setia bersama sejak 2019, AJI-SHIO® setiap tahun komited bersama-sama berganding bahu dalam menyediakan juadah istimewa ini untuk diagihkan kepada umat Islam yang berpuasa.
Malah tahun ini, para pengunjung luar negara yang turut sama berada di Dataran Merdeka juga berpeluang untuk merasai keenakan Bubur Lambuk yang dimasak menggunakan AJI-SHIO® Lada Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa.
AJI-SHIO® adalah salah satu bahan terbaik yang mampu membuatkan Bubur Lambuk jadi lebih cepat dimasak, rasa yang lengkap dan enak. Ia mempunyai rasa lada, masin dan aroma yang wangi menjadikan rasa Bubur Lambuk jadi lebih beraroma. Tidak perlu guna bahan perasa lain. Hanya dengan produk ini sudah cukup untuk menghasilkan juadah yang sempurna.
AJI-SHIO® MERIAHKAN RASA BUBUR LAMBUK REWANG WIRA
Bukan setakat masak Bubur Lambuk menggunakan AJI-SHIO® Lada Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa je, pada hari tersebut team AJI-SHIO® juga melakukan pelbagai aktiviti menarik untuk mendekatkan lagi jenama ini dengan orang ramai.
Di booth AJI-SHIO®, turut berlangsung jualan produk dengan harga promosi istimewa! Memang meriah lain macam. Beruntung para pengunjung yang datang ke booth AJI-SHIO®. Masing-masing pulang dengan senyuman.
Malah AJI-SHIO® juga turut mengadakan Demo Masakan Istimewa bersama Chef Naem dimana chef telah berkongsi dua resipi yang sesuai dinikmati sewaktu berbuka iaitu Roti John dan Tauhu Bergedil. Sedap betul! Gabungan AJI-SHIO ® Lada Berperisa dan AJI-SHIO ® Lada Hitam Berperisa pasti membangkit selera dan menambahkan lagi kelazatan hidangan anda.
Siap main kuiz lagi sementara menunggu waktu berbuka. Seronok para pengunjung menang hadiah.
JOM RASAI SENDIRI KEENAKAN BUBUR LAMBUK AJI-SHIO®
Bagi yang tidak berkesempatan untuk merasai sendiri keenakan Bubur Lambuk yang dimasak menggunakan produk-produk AJI-SHIO®, anda boleh masak sendiri di rumah. RASA kongsikan resipi Istimewa ini buat anda. Jom cuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Baru-baru ini, jenama OKI yang dikilangkan oleh Moi Foods Malaysia Sdn Bhd di bawah kumpulan Mewah Group telah menyertai program khidmat masyarakat (CSR) Bubur Lambuk Rewang Wira anjuran RASA dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dataran Merdeka, pada Sabtu.
Program ini melibatkan Tentera Darat Malaysia (TDM) ,Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berjaya menyiapkan kira-kira 8,000 pek bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai sekitar Kuala Lumpur termasuk hospital, masjid, bazar Ramadan, rumah kebajikan dan Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Antara lokasi pengagihan ialah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Institut Jantung Negara (IJN), Bazar Jalan Raja Alang, Pasar Seni, PPR Laksamana, PA Seri Selangor dan Bazar Jalan Kuching.
Inisiatif ini turut disokong oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) serta rakan media seperti Astro, Zayan dan Borak seeNI.
Istimewanya, 15 periuk bubur lambuk yang disediakan ditumis menggunakan 90 kilogram minyak masak OKI yang berkualiti tinggi, bebas kolestrol dan kaya dengan vitamin E, sekaligus menambah aroma dan menjadikan bubur lambuk tersebut bertambah wangi serta masak sempurna.
Selain itu, pada jam 12.30 tengahari juga telah diadakan demo masakan dan siaran FB Live di pentas utama. Memang meriah demo masakan RASA x OKI bersama personaliti media sosial terkenal dalam bidang masakan iaitu Shafiqcute dengan resipi masakan AYAM SALTED EGG OKI. Menariknya, resipi yang dimasak ini menggunakan semua produk OKI seperti minyak masak OKI, mentega OKI, tepung goreng ayam OKI, serbuk perencah ‘salted egg’ OKI, susu cair OKI dan susu pekat OKI.
Bukan itu sahaja, sample ayam goreng rangup OKI juga disediakan di ‘booth’ OKI untuk dijual kepada orang ramai bagi yang ingin menikmati kelazatan ayam goreng ini sewaktu berbuka.
Menurut Encik Nazrin Daniel Bin Bakhtiar Bathie, Pengerusi Kelab CSR Mewah penglibatan Moi Foods Malaysia Sdn Bhd dan jenama OKI ini di dalam program CSR Bubur Lambuk Rewang Wira kali ini untuk memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai produk-produk mereka. Selain memang aktif mengadakan program CSR bagi membantu masyarakat.
“Brand OKI ini telah lama berada di pasaran cuma ‘awareness’ orang itu tiada. Jadi kami rasa (program bubur lambuk) ini ialah platform terbaik memberi pendedahan kepada orang ramai bagi menyedari kewujudan produk kita,”
“Mewah Group ini sebenarnya memang aktif dalam CSR. Jadi apa-apa program berkaitan CSR kami memang ingin sertai untuk membantu masyarakat,”jelas Daniel.
OKI juga merasakan program CSR bubur lambuk ini sangat baik untuk diteruskan dalam membantu masyarakat serta berharap untuk bekerjasama lagi pada masa akan datang.
“Program bubur lambuk ini merupakan program yang bagus.Kami melihat kerjasama untuk program sebegini lagi pada masa akan datang,” jelas Daniel.
Selain itu, menariknya OKI juga menawarkan bagi sesiapa yang membeli produk OKI seperti minyak, marjerin, pracampuran masin, serbuk perasa, keju, mentega dan sebagainya (kecuali susu OKI) lebih daripada RM50 berpeluang memenangi hadiah sehingga RM30,000 dengan ‘scan’ kod QR yang ada.
Bila tiba bulan Ramadan, Bubur Lambuk menjadi antara juadah yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang. Tak lengkap rasa kalau tidak menikmati juadah ini ketika berbuka puasa.
Setiap negeri mempunyai resipi Bubur Lambuk masing-masing yang menjadi kegemaran masyarakat setempat. Walaupun nampak sama, tetapi ia punya keistimewaan serta keunikan yang tersendiri. Sekali sekala, cubalah rasa Bubur Lambuk dari negeri yang berlainan. Anda pasti teruja!
Sebanyak 6000 pek Bubur Lambuk bakal diagihkan. Jadi orang-orang sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, jangan lupa datang beramai-ramai ke Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada hari Sabtu,1 April ini untuk merasai sendiri keenakan Bubur Lambuk yang dibawakan khas oleh BABA’S, Petron Gasul dan Saji.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Senang je dan paling mudah nak buat "Pepero Popia Almond Stick" ni, hanya guna 3 bahan je dah boleh jadi kudapan raya yang rangup dan sedap. Gunakan straw untuk memudahkan gulungan kulit popia nanti dan tak perlu keraskan dalam peti sejuk pun.