
Sabun pencuci pinggan antara yang wajib ada di dapur. Tanpa sabun pencuci pinggan, minyak dan kotoran pada pinggan mangkuk, cawan serta periuk belanga memang sukar dibersihkan.
Lagi kerap masak dan makan di rumah, lagi banyak sabun pencuci pinggan digunakan untuk mencuci peralatan memasak dan pinggan mangkuk. Sebagai langkah penjimatan, sabun pencuci pinggan ini sebenarnya boleh kita hasilkan sendiri di rumah menggunakan bahan semula jadi.
Jika anda menanam pokok limau kasturi di rumah, ini satu kelebihan kerana bahan utama untuk menghasilkan sabun pencuci pinggan ini ialah limau kasturi
. Selain memberi aroma segar, limau kasturi juga membantu menanggalkan minyak dengan lebih berkesan.Sebagai panduan, boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Mainim Saikun. Beliau membuat sendiri sabun pencuci pinggan menggunakan limau kasturi yang ditanam di rumahnya. Hasilnya, dengan sekilo limau kasturi boleh menghasilkan sehingga 12 liter sabun pencuci pinggan yang boleh digunakan selama berbulan-bulan.
Dengan membuat sabun pencuci pinggan sendiri, anda bukan sahaja menjimatkan kos, malah dapat memastikan bahan yang digunakan lebih selamat dan mesra alam.
Sumber: Mainim Saikun
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak tip dan petua dapur di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video TIP & Trick di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official