Rupanya Senang Je Nak Buat Puding Gula Hangus Ini

Share

Jika suami dan anak-anak anda penggemar pencuci mulut yang manis, apa kata cuba sediakan puding karamel yang sememangnya menjadi kegemaran ramai ini. Memang sedap dimakan ketika sejuk. Nikmat sungguh! Jika anda tidak pernah buat sebelum ini, jom kita cuba ikut resipi perkongsian Juman Islam.

RESIPI PUDING KARAMEL

BAHAN-BAHAN KARAMEL:

  • 5 sudu besar gula
  • 3 sudu besar air panas

 

CARA PENYEDIAAN:

  • Masak gula api kecil sehingga gula cair dan warna keemasan. Kacau perlahan sehingga sebati & masukkan air panas (hati².. nanti akan meletup² @ merecik..) Tuang dalam loyang dan biar caramel seketika.

 

BAHAN-BAHAN PUDING:

  • 6 biji telur
  • 1 sudu esen vanilla (sy lebihkan sikit)
  • 1 tin susu cair @ sejat
  • 1/3 tin susu pekat (manis sedang-sedang je..)
  • 1/4 cawan air masak

 

CARA PENYEDIAAN:

  • Masukkan semua bahan dan blend sekejap sahaja dan tuang ke dalam loyang karamel.
  • Kukus 20-30 minit.

* Pastikan puding ni betul-betuk sejuk sebelum nak keluarkan daripada loyang.. (saya masuk dalam freezer sebab nak bagi cepat sejuk)

 

KREDIT RESIPI & FOTO: JUMAN ISLAM

ANDA JUGA BOLEH CUBA RESIPI INI:

IKLAN