Rupanya Papadom Pun Kita Boleh Buat Sendiri, Saiz Boleh Buat Ikut Suka. Ini Caranya

Share

Kalau makan restoran nasi kandar, nasi beriani, nasi tomato selalunya akan dihidangkan sekali dengan papadom, sejenis keropok nipis dan rangup. Ia jadi pelengkap hidangan nasi ini.

Rasanya memang lain daripada keropok yang dihasilkan di negara kita kerana papadom ini berasal dari India.  Jika ramai ahli keluarga suka ‘melayan’ papadom ini boleh juga kalau nak buat sendiri.

Dah tentu lebih terjamin kebersihan malah saiznya pun boleh kita buat ikut citarasa sendiri.  Jika nak cuba boleh gunakan panduan yang dikongsikan oleh Encik Roslan Mamak Haji

ini. Memang mudah hanya guna 4 bahan.

Buat sendiri papadom, ini caranya

Bahan-bahan

500gm kacang tosai, ditepungkan atau beli terus tepung kacang tosai.
1/2 sudu kecil jintan putih.
1/2 sudu kecil rempah ajowan / lemuju. Biasa digunakan dalam Muruku
1/4 sudu kecil baking powder.
garam ikut rasa sendiri.

Cara membuat:

1. Adunkan semua bahan-bahan di atas dalam sebuah bekas.

2. Buatkan doh yang agak keras dengan tambahkan sedikit demi sedikit air. Kita kena kurangkan air seberapa yang boleh untuk papadom cepat kering.

3. Selepas buat doh, tutup bekas doh tersebut dan biarkan doh di dalamnya selama 2 jam.

4. Selepas dua jam, masukkan sedikit minyak masak dan lenyek (tumbuk) dengan anak batu lesong sehingga doh yang agak keras tadi akan menjadi lembut.

5. Jadikan bebola kecil untuk dileperkan seperti roti capati dan saiz mengikut saiz yang anda yang dikehendaki. Jangan tebal seperti capati pulak. Agak ketebalan seperti papadom yang kita beli dikedai sebelum digoreng.

6. Sekiranya semasa leperkan doh melekat, boleh gunakan sedikit minyak dan sapu bekas peleper.

7. Kepingan papadom yang terhasil perlu dikeringkan di panas cahaya matahari selama dua hari.

 

Info Ekstra!

  • Jangan keringkan terlampau sangat nanti papadom boleh retak. Anda boleh gunakan berbagai cara.
  • Mustahak ialah doh. Kalau tak mahir lenyek jadi bulat, masukkan dalam mesin pembuat pasta dan jadikan papadom Malaysia. Kita buat dia…

 

 

Sumber: Roslan Mamak Haji

 

IKLAN