Rupanya Ada 5 Jenis Sos Tiram Berbeza, Chef Amer Kongsi Petua Pilih Sos Yang Betul

Share

Sos tiram, antara bahan penting yang digunakan dalam menjadikan masakan sedap dan menyelerakan.

Jika selama ini ramai yang menyangka sos tiram adalah sama, rupanya ada lima jenis sos tiram yang berbeza.

Menerusi perkongsian Chef Amer, terdapat sos tiram yang asli dan juga sos tiram untuk vegetarian.

Jom kita semak dengan petua yang diberikan Chef Amer untuk membeli sos tiram yang betul.

Masa saya beli sos tiram di pasaraya tadi, tiba-tiba ada seorang Auntie India ni tanya saya yang mana satu sos tiram untuk vegetarian.

Saya pun tunjukkanlah yang mana satu. Kemudian dia tanya lagi apa beza sos tiram yang lain-lain tu.

Ehhh… macam kat kelas pulak dia tanya. Sedang saya terangkan kat dia, datang pulak mak cik ni tanya, sos tiram jenama apa yang paling best.

Sos Tiram ni ada 5 jenis:

1. SOS TIRAM

*Kandungan ekstrak tiram lebih dari 10 peratus dan boleh dipanggil Sos Tiram
*Rasa tiram yang sebenar
*Jenama Panda Lee Kum Kee

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

 

2. SOS PERISA TIRAM

*Kandungan ekstrak tiram kurang 5 peratus, sebab tu tak boleh dipanggil Sos Tiram, hanya berperisa tiram sahaja.
*Rasa tiram yang ‘mild’
*Jenama Maggie, Nona, Adabi, Taste-me

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

3. SOS TIRAM PREMIUM

*Kandungan ekstrak tiram 40 peratus
*Rasa tiram yang sangat padu
* Jenama Premium Lee Kum Kee (ibu dan anak dalam sampan)

 

4. SOS TIRAM TIRUAN SAYURAN

*Tiada langsung ekstrak tiram dan digantikan dengan serbuk cendawan (1 peratus) serta perasa sahaja.
*Sebab tu sesuai untuk Vegetarian
-* Jenama Sos Berperisa Tiram Sayuran Lee Kum Kee, Taste-Me

 

5. SOS BERPERISA TIRAM EKONOMI

*Kandungan ekstrak tiram yang sangat sedikit atau tiada langsung, sekadar perasa dan kicap serta pemekat sahaja.
*Harga sangat murah dan dijual dalam tong 3 atau 5 kg.
*Jenama Puteri, Emos, HTH

Haaa…. dah tahu sekarang nak beli Sos Tiram yang mana? Dah kandungannya berbeza, tentulah harga juga berbeza.

Ikutlah citarasa, bajet dan tujuan masakan masing-masing. Satu lagi, tentu ramai yang akan bertanya tentang status HALAL Sos Tiram ni kan.

Nasihat saya, terlanjur dah baca tentang kandungan atau bahan yang digunakan, tengoklah sekali cop halal dia ya. Rajinkan sikit membaca tu, jangan main ambil jer.

Company besar-besar ni, bukan setakat ada sijil HALAL, malah ada HACCP dan ISO lagi. Gunalah tanpa was-was walaupun ada tulisan cina kerana ini pasaran mereka.

Kredit: Chef Amer

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN