Roti Sosej Gebu Dan Lembut. Resipi Mudah Yang Anak-Anak Pasti Suka!

Share

Petang-petang suka betul makanan yang simple tapi kenyang. Contohnya kalau ada roti sosej. Buat doh roti dan letak sosej, memang cukup mudah dan sedap.

Resipi roti sosej yang dikongsi oleh Siti Hadirah ini sangat senang untuk dibuat. Tidak mengambil masa yang lama dan pastinya anak-anak suka kerana teksturnya lembut dan gebu.

Resipi Roti Sosej Gebu & Lembut

Bahan-bahan:

  • 8g yis
  • 250ml susu suam
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu besar mentega atau marjerin
  • 1 biji telur (dikacau)
  • Secubit garam
  • Sosej (direbus)

Cara-cara Membuat Roti Sosej:

  1. Campurkan susu suam, gula dan yis. Kacau dan biarkan 5 minit atau sehingga yis naik.
  2. Dalam bekas lain, gaul tepung gandum, mentega, telur dan garam hingga sebati. Kemudian masukkan air bancuhan yis tadi.
  3. Uli sehingga menjadi doh elastik. Saya uli lebih kurang 20-25 minit (kalau ada bread maker atau mixer, lagi senang kerja).
  4. Biarkan doh mengembang dua kali ganda dalam keadaan bertutup selama 1 jam.
  5. Apabila doh sudah mengembang, tumbuk-tumbuk sedikit untuk keluarkan angin.
  6. Bulatkan doh dan timbang 35g setiap satu. Biarkan rehat selama 10 minit.
  7. Ambil doh dan gelek memanjang. Gunakan pisau atau pizza cutter untuk potong doh (jangan sampai putus).
  8. Letakkan sosej di hujung doh dan gulung dengan kemas. Ulang sehingga habis doh.
  9. Susun dalam paper cup atau loyang yang dilapik baking paper. Biarkan lagi 30 minit sehingga doh kembang.
  10. Sapukan sedikit susu di atas permukaan doh sebelum bakar.
  11. Bakar pada suhu 170°C selama 20 minit atau sehingga masak (bergantung pada jenis ketuhar).

Tips Roti Sosej Supaya Gebu & Lembut

  • Gunakan susu suam, bukan panas, supaya yis aktif dengan sempurna.
  • Uli doh hingga betul-betul elastik, ini kunci utama tekstur roti lembut.
  • Jangan lupa rehatkan doh dua kali supaya roti sosej lebih gebu selepas dibakar.

Hasilnya, roti sosej ini gebu, lembut, dan cukup mengenyangkan — sesuai untuk sarapan, minum petang, atau bekal anak ke sekolah.

Kredit resipi: Siti Hadirah 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

:

Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Published by
Nur