Roti Sarang Lebah Lembut Macam Kapas, Lagi Sedap Dari Kedai

Share

Suka makan Roti Sarang Lebah bersama Sos Butterscotch? Ini ada resipi mudah perkongsian saudari Emmie Marzianty yang boleh anda cuba. Sangat senang. Roti yang lembut gebu, makan pula dengan sos yang enak. Memang best! Tak cukup satu. Tunggu apa lagi? Save resipi ni ya. Nanti bolehlah cuba buat untuk keluarga.

RESIPI ROTI SARANG LEBAH & SOS BUTTERSCOTCH HOMEMADE

BAHAN-BAHAN ROTI SARANG LEBAH:

BAHAN HIASAN:

  • Kepingan badam, biji labu, bijan putih, bijan hitam dan ceri

CARA MEMASAK ROTI SARANG LEBAH:

1. Satukan air suam, yis dan gula. Kacau sebatri dan biar hingga berbuih.
2. Satukan tepung, garam dan baking powder. Gaul sebati.
3. Masukkan campuran yis dan yogurt. Gaul lagi sekali.
4. Masukkan minyak sedikit demi sedikit sambil uli hingga menjadi doh yang elastik. Doh memang lembik sedikit. Rehatkan doh seketika.
5. Tumbuk doh untuk keluarkan angin. Bulat-bulatkan doh sebesar buah mata kucing @ bola golf (ikut citarasa masing-masing) dan susun rapat-rapat dalam loyang yang telah disapu dengan minyak.
6. Tabur bahan hiasan pada roti dan biarkan seketika.
7. Bakar roti pada suhu 180C selama 10 minit pertama menggunakan api bawah sahaja. Bila masuk masa 5 minit terakhir, guna api atas bawah.
8. Apabila Roti Sarang Lebah sudah masak, tuang sos butterscotch ke atas roti dan nikmati segera.

BAHAN-BAHAN SOS BUTTERSCOTCH:

  • 1/2 cawan gula perangbeli online disini
  • 1/2 cawan whipping cream atau susu cair
  • 25gm mentega
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:

1. Cairkan mentega di dalam periuk dan masukkan gula perang.
2. Masukkan whipping cream

@ susu cair perlahan-lahan sambil kacau adunan sos sehingga semua sebati.
3. Akhir sekali masukkan esen vanilla dan garam. Kacau rata dan biarkan sos memekat.
4. Padamkan api dan sedia untuk dinikmati bersama Roti Sarang Lebah.

 

Kredit resipi & foto: Emmie Marzianty

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Published by
Elina