Roti Pizza Ekstra Cheezy, Resipi Mudah 10 Minit Dah Siap Masak

Share

Rasa nak mengunyah tapi tak tahu nak masak apa? Jom buat Roti Pizza Ekstra Chezzy yang sangat sedap perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ini.
Resipi yang cukup mudah dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa oleh sesiapa sahaja. Orang dewasa mahupun kanak-kanak pasti suka. Cuma jika mahu pedas, olah sahaja mengikut selera masing-masing.
Buat macam ni, roti sandwich yang biasanya lambat nak habis, pasti tidak lagi membazir dengan adanay resipi ini. Masak pun hanya guna kuali je. Mudah kan? Jom cuba!

RESIPI ROTI PIZZA EKSTRA CHEZZY PALING MUDAH & CEPAT BUAT

BAHAN-BAHAN:
5 keping roti sandwich wholemeal (nak guna putih pun boleh)
2 batang sosej – grill seketika
Hirisan bawang merah
1/8 cili benggala
5-6 biji cendawan butang beli online disini
Semangkuk kecil keju mozarella
Sos spageti beli online disini
Daun parsley kering beli online disini
Sos cilibeli online disini

Mayones beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Roti dipotong dua. Kemudian sapu planta@marjerin pada kedua-dua belah.
2. Susun kepingan roti atas pan. Bakar sekejap supaya sebelah bawah sedikit garing.
Sebelah atas tak perlu ya. Tutup api.
3.Kemudian terbalikkan. Bahagian garing tadi disapu dengan sedikit sos spageti.
4.Susun sosej, cendawan butang dan hirisan bawang merah.
5.Kemudian taburkan keju mozarella dan paip nipis mayones serta sos. Taburkan juga sedikit daun parsley.
6.Buka api semula dan guna yang paling perlahan. Jangan guna api besar nanti roti hangus sebelum keju cair. Tutup pan guna tudung periuk.
7.Setelah keju mencair, angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN