Roti Pattaya 3 Bahan. Rasa Sedap & Senang Sangat Nak Buat!

Share

Mak-mak pasti sukakan resipi Roti Pattaya 3 Bahan ni. Sangat mudah cara membuatnya. Rasa sedap dan boleh dipelbagaikan inti mengikut bahan-bahan yang ada dalampeti sejuk. Wow…Pendek kata, boleh buat ikut selera masing-masing. Nak pedas, tak nak pedas, semua boleh. Saudari Nyda Nyda ada kongsikan resipi asasnya yang boleh dicuba. Beliau menggunakan inti sardine kerana mudah disediakan. Anda boleh gantikan dengan tuna, isi ayam, aneka olahan seafood

, mayones atau sambal. Apa-apa sahaja. Jom lihat cara-caranya.

RESIPI ROTI PATTAYA 3 BAHAN YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
Roti sandwic
Telur
Inti sardin (empunya resipi tumis sardine terlebih dahulu. Terpulang pada selera masing-masing nak tumis atau mentah ) beli online disini

 

Dapatkan LA VINNCE BLUE DIAMOND COOKWARE SET dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!

 

CARA MEMASAK:
1.Sediakan bahan-bahan untuk menyediakan Roti Pattaya 3 Bahan.


2. Inti sardin yang siap ditumis.


3. Panaskan kuali tahan lekat dan tuang sebiji telur yang telah dipukul. Ratakan atau lenggang telur tadi seakana untuk membuat pattaya. Pastikan ketebalannya tidak terlalu nipis dan terlalu tebal.


4. Ambil sekeping roti dan letak diatasnya.


5. Letakkan inti di atas roti

dengan secukupnya. Ratakan.


6. Tutup inti dengan sekeping lagi roti.


7. Bungkus roti tadi dengan telur. Berhati-hati supaya kulit pattaya tidak koyak.


8. Roti Pattaya 3 Bahan siap untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Nyda Nyda

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN