Uncategorized

Roti John Cheese Sekilo Memang Ummphh…Keju melimpah macam ‘lava’.

Share

Roti John memang lazat, tetapi berkali ganda sedap dengan limpahan keju ‘sekilo’. Enak berkrim dengan keju mozarella meleleh keluar bagaikan lava.

Inilah menu ‘meletop’ daripada pemilik gerai Roti John Cheese Sekilo, Muhammad Aliff Wan Yusof. Gerai yang terletak di tapak gerai belakang Klinik Kesihatan Umum seksyen 19, Shah Alam sememangnya sekali cuba pasti nak lagi.

Muhammad Aliff Wan Yusof (sebelah kanan)

Mencari kelainan daripada Roti John yang biasa, menu istimewanya ini disediakan dalam 10 jenis.

Di samping limpahan keju sebagai bahan asas utama bersama sos cili, mayonis, sos lada hitam dan telur, bahan intinya pula terdiri daripada ayam, daging serta campuran daging dan ayam.

Ia juga menyediakan tambahan tujuh menu lagi jika pelanggan menempah melalui khidmat penghantaran. Tujuh menu itu ialah ialah Roti John Cheese Sekilo berinti Crispy & Spicy Chicken, Tuna, Soft Shell Crab, Lamb Grill, Udang Celup Tepung, Sotong King Kong dan Cheesy Bratwurst (sosej jumbo) .

Di samping pilihan keju mozerella lemak berkrim, sos lada hitamnya pula dibuat sendiri menggunakan ramuan istimewa lada hitam bermutu. Sos cili pula didatangkan khas dari Kedah melalui pengedarnya di sini.

Tercetus nya idea menghasilkan resipi Roti John Cheese Sekilo kerana dia ingin menggabungkan kelazatan daging dan keju. Gabungan idea burger bakar dan murtabak cheese maka terlahirlah Roti John Mozarella atau kini diberi nama Roti John Cheese Sekilo.

Harganya pula bermula dari RM8.50 bagi saiz kecil dan saiz besar RM 15. Gerai ini dibuka dari Hari Ahad hingga Jumaat, kecuali Sabtu dari jam 12.30 tengahari hingga 6.30 petang. Bagi khidmat ‘delivery’ di nombor 011-1786 8177 pula dari jam 11 pagi hingga 11 malam setiap hari .

INFO GERAI :

Gerai : Roti Jon Cheese Sekilo

Alamat : Tapak Penjaja Sementara MBSA, Jalan Nelayan 19/B, Seksyen 19, Shah Alam. (belakang Klinik Kesihatan Umum Sek 19, Shah Alam

Waktu operasi : Ahad – Jumaat : 12.30 hingga 6.30 petang

Wajib Cuba : Roti John Cheese Sekilo : daging, ayam, ayam+ daging, Crispy & Spicy Chicken, Tuna, Soft Shell Crab, Lamb Grill, Udang Celup Tepung, Sotong King Kong dan Cheesy Bratwurst (sosej jumbo)

IKLAN