Roti Green Onion Kukus Untuk Hidangan Makan Petang

Share

Minum petang, buat roti pun best kan? Kali ini RASA ingin kongsikan roti green onion. Resipi ini dikongsikan Iedaa Jahaya.

Resipi yang mudah dan sedap untuk menu roti, makan bersama keluarga di rumah.

CARA BUAT ROTI GREEN ONION

BAHAN-BAHAN:

1 cawan air
1 sudu besar yis – beli online di sini
1 sudu besar gula – beli online di sini
2 biji telur
300gm tepung high protein – beli online di sini
Sedikit garam
2 sudu besar mentega – beli online di sini
Sedikit tepung jagung – beli online di sini

TONTON Dapur Rasa Live: Roti Wholemeal Walnut

TONTON Dapur Rasa: Projek Air Tangan Emas

CARA BUAT:

1. Dalam satu mangkuk, masukkan air, yis dan gula. Kacau-kacau dahulu. Diamkan selama 5 minit.

Dapatkan Hommy 3 Tier Adjustable Trolley dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan  DISKAUN EXTRA RM5!

2. Pecahkan 1 biji telur dalam satu mangkuk kecil. Kacau-kacau. Bila adunan yis dah nampak berbuih, masukkan tepung high protein. Kacau lagi.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

3. Masukkan telur dan sedikit garam. Kacau guna spatula dulu. Bila tepung dah semua bercampur rata, masukkan mentega.
4. Uli lagi. Nak guna tangan pun boleh atau nak guna spatula pun boleh. Tak perlu uli lama-lama. Bila adunan dah tak melekat, tutup dengan tuala selama 15 minit.
5. Buka penutup, uli lagi. Kalau tak nak melekat pada tangan, letak minyak zaitun atau minyak jagung

sikit. Tutup lagi, perap lagi 10 minit.

6. Kemudian buka lagi penutup. Uli lagi sekejap. Kemudian perap lagi 10 minit. Bila doh dah mengembang, tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin.
7. Keluarkan dari dalam bekas. Leperkan adunan.

Potong dengan pisau plastik. Ikut besar saiz mana yang nak, bulatkan dulu. Kemudian perap lagi 5 minit.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

BAHAN INTI:

Daun bawang
2 sudu besar minyak zaitun
Secubit garam
Serbuk lada

CARA BUAT:

1. Potong daun bawang. Masukkan ke dalam bekas bersama minyak zaitun, garam dan serbuk lada. Gaul rata.
2. Leperkan sikit doh. Letak daun bawang. Tutup dan lipat jadi tiga segi.


3. Susun dalam loyang. Tutup sekejap dengan tuala bersih selama 5 minit.
4. Bila dah nak kukus, sapu sedikit dengan kuning telur. Tabur sikit lagi daun bawang, lada benggala dan mozzarella cheese. Kukus selama 25 minit.

Kredit resipi: Iedaa Jahaya

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN