Roti Goreng Chesdale, Resipi Mudah & Sedap Dinikmati Bila-Bila Masa

Share

Tercari-cari menu yang mudah untuk disediakan? Boleh cuba buat Roti Goreng Chesdale. Sesuai sangat dimasak untuk hidangan minum petang. Mudah tak tak renyah. Masak pula menggunakan Keju Cheddar Chesdale, memang bertambah enak la. Bukan saja menambah rasa, keju ini juga tinggi dengan kalsium dan protein menjadikan ia satu hidangan yan g berkhasiat untuk anak-anak.

ROTI GORENG CHESDALE

Bahan-bahan:

  • 6 keping roti putih
  • 6 keping Keju Cheddar Chesdale
  • 2 biji telur
  • 2 sudu makan susu UHT Full Cream Fernleaf
  • 1 sudu teh chili flakes
  • ½ sudu lada sulah
  • Garam secukupnya
  • Mentega Anchor Unsalted secukupnya

 

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

 

Cara-cara:

  1. Ambil sekeping roti lalu leperkan sedikit dengan rolling pin.
  2. Letakkan sekeping Keju Cheddar Chesdale ke atas roti. Ambil sekeping lagi roti yang telah dileperkan sedikit lalu tutupkan ke atas Keju Cheddar Chesdale.
  3. Ambil gelas yang permukaannya lebar lalu tekap roti tadi membentuk bulat. Kemaskan keliling roti tadi.
  4. Di dalam mangkuk, satukan telur, susu tepung Fernleaf, chili flakes, lada sulah dan garam secukupnya. Kacau rata.
  5. Panaskan 1-2 sudu makan mentega Anchor di dalam frying pan.
  6. Celupkan roti tadi ke dalam campuran telur lalu masukkan ke dalam frying pan.
  7. Goreng roti hingga perang dikedua-dua bahagian.
  8. Hidangkan panas bersama sos kegemaran.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN