Roti Diet Hanya 70 Kcal Sekeping, Sedap & Lembut

Share

Setakat ni, inilah roti yang paling best, mudah dibuat dan sedap sangat. Ada rasa manis-manis buah dan lembut. Ngam sangat dicicah kari atau kuah asam pedas. Anak-anak pula suka dibuatkan sandwich. Tebuk poket pada roti. Sapu mayonis dan butter. Sumbatkan scrambled egg, cheese dan salad. Boleh habis 2-3 keping sekali hadap tau.

Korang yang berdiet sesuai ikut resipi ni. As dah siap-siap kirakan kalorinya menggunakan app my fitnesspal. Sebagai makluman, dalam gambar tu as buat 2 adunan tau. Kalori sekeping roti diet kosong tanpa kuah atau isi : 70 kcal.

 

ROTI DIET

Bahan-bahan:

(Menghasilkan 16 keping roti)

2 cawan tepung gandum

2 susu kecil yis kering

2 sudu besar susu tepung

2 sudu besar minyak makan

3 sudu besar gula halus

1 sudu kecil garam

¾ cawan air suam

 

Cara membuat:

1.Satukan air suam, susu tepung, gula dan yis. Kacau sebati. Biarkan sehingga yis mengembang dan berbuih halus.

2.Dalam mangkuk adunan, satukan tepung, garam dan minyak. Tuangkan campuran yis tadi sikit demi sikit.

3.Gunakan senduk atau spatula. Adunan memang akan sedikit melekit.

4.Setelah menjadi doh, tutup dan diamkan adunan selama 1 jam atau hingga kembang 2 kali ganda.

5.Bahagikan kepada 16 bahagian. Tabur sikit tepung jika adunan melekat di tangan. Anggaran 35g – 40g sebiji.Bulat-bulatkan dan diamkan sebentar.

6.Canaikan dan rehatkan selama 10 minit. Masa canai tu tabur sikit tepung supaya tidak melekat.

7.Panaskan kuali leper dengan api perlahan. Masak sebelah bahagian anggaran 1-2 minit sebelum diterbalikkan.

8.Roti sihat ni sesuai dicicah dengan kuah atau dijadikan poket isi dengan protein dan sayuran kegemaran korang.

Kredit: Asrinna Bakri

IKLAN