Roti Celup Telur Sardin, Hidang Panas-Panas Gerenti Habis Licin

Share

Apabila roti tidak habis, bingung memikirkan apakah hidangan yang sesuai dibuat dengan roti yang hampir menemui tarikh luputnya. Ada roti, ada telur dan ada sardin. Memang kombinasi yang tepat untuk masak Roti Celup Telur Sardin. Jom kita cuba resipi roti celup sardin seperti yang dikongsikan oleh Rosni Badrum Deqnie Badrum ini.

RESIPI ROTI CELUP TELUR SARDIN

BAHAN-BAHAN:

1 buku setengah roti putih (dipotong bentuk segi tiga)


1 tin besar sardin tin (lenyek halus sekali kuah sardin) – beli online
5 hingga 6 biji  telur ayam

BAHAN DICINCANG:

5 ulas bawang merah – beli online
1 ulas bawang putih – beli online
6-8 biji cili padi dicincang – beli online
3 biji cili merah – beli online
Daun sup sepokok kecik
Daun bawang sedikit sahaja
Garam secukup rasa – beli online
Limau nipis@kasturi perah sedikit sahaja – beli online

CARA MEMBUAT:

1. Campur semua bahan-bahan (kecuali roti) dan sebatikan.

2. Jika terlalu pekat, tambah telur.

 

 

3. Celup roti yang dibelah dua. Celup kedua-dua belah roti.

4. Letak sedikit minyak dan goreng.

5. Panaskan sedikit sahaja minyak. Apabila minyak sudah panas, barulah masukkan roti. Jika hendak tebal..ceduk sardin dan sapu atas roti.

 

6. Siap untuk dinikmati. Boleh kurangkan cili jika tidak suka pedas.

Sumber kredit: Rosni Badrum Deqnie Badrum

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN