Resipi Udang Masak Berempah Tersedap. ‘Confirm’ Tak Menyesal Cuba

Share

Anda penggemar sajian udang? Cuba resipi Udang Masak Berempah perkongsian saudari Natasha Qalisya ni. Resipinya cukup ringkas namun kelihatan sangat enak dan menyelerakan. Hmmm…Jom lah cuba puan-puan. Pasti anda sekeluarga berselera makan.

 

RESIPI UDANG MASAK BEREMPAH PALING SEDAP

BAHAN-BAHAN:
1/2kg udang
2-3 biji bawang merah – dipotong beli online disini
1-2 ulas bawang putih – dipotong beli online disini


2 sudu makan rempah kari babas ayam/ikan beli online disini
2 sudu makan serbuk cili beli online disini
2 sudu makan sos cili beli online disini
1 sudu makan sos tiram beli online disini
1 sudu makan kicap ABC beli online disini
1 sudu teh lada hitam beli online disini
Sedikit garam & perencah secukup rasa
1-2 tangkai daun kari
Sedikit air
Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan tumis bawang serta daun kari hingga wangi.
2. Masukkan renpah kari dan serbuk cili. Tumis seketika.
3. Masukkan semua sos dan masak lagi hingga pecah minyak. Tambah sedikit air sahaja supaya tidak terlalu kering.


4. Bila kuah telah pecah minyak dengan sempurna, masukkan udang. Gaul rata dan biarkan separuh masak.

5. Perasakan dengan garam serta serbuk cukup rasa dengan secukupnya. Masak hingga kuah sedikit kering. Namun jika suka hidangan berkuah, tambah lebih air.


6. Padamkan api dan Udang Masak Berempah sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Natasha Qalisya

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN