Makan

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat

Share

Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.

Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah sangat. Bau bawang putih dan daun kari yang ditumis menggunakan mentega memang cukup menggoda selera.

Menu ini sesuai untuk santapan tengah hari, makan malam atau bila ada tetamu datang. Cara membuatnya simple, tapi hasilnya sedap sangat!

Resipi Udang Butter Garlic

Bahan- bahan

Udang secukupnya -dibersihkan, dibuang kepala
Tepung serbaguna Bestari secukupnya
Mentega
Cili padi -dipotong
Bawang putih -dicincang
Daun kari

Cara Penyediaan

1. Gaul udang dengan tepung serba guna kemudian goreng seketika. Goreng udang hingga keperangan dan toskan.

2. Cairkan mentega kemudian tumis cili padi, bawang putih serta daun kari. Tumis hingga naik bau.

3. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau rata.

4. Akhir sekali masukkan udang yang telah siap digoreng tadi. Gaul hingga rata. Siap.

Tip Ekstra

  • Kalau nak lebih rasa ‘lemak’, guna butter asli, bukan marjerin.
  • Boleh tambah sedikit susu pekat atau susu cair jika mahu versi berkuah creamy.
  • Kalau suka pedas, lebihkan cili padi. Jika mahu kurang pedas, guna cili merah besar saja
  • Resipi ini sesuai hidang dengan nasi putih, nasi goreng atau ratah begitu saja.

Kredit resipi & foto: Irdinaarffn

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 

Published by
Rose