Resipi Tumis Ayam Serai, Menu Ringkas Tapi Sedap Terangkat

Share

Adakala kita buntu nak masak apa lagi dengan ayam. Nak makan yang ringkas, tak nak berlemak santan atau gulai. Apa kata, masak Tumis Ayam Serai. Menu ringkas, tapi buat nasi bertambah.

Bahan-bahannya pun senang diperoleh. Cara memasaknya juga mudah. Ikuti perkongsian resipi daripada Noratiqah Nordin dalam menghasilkan Tumis Ayam Serai. Memang sedap. Makan dengan nasi putih saja pun dah cukup.

TUMIS AYAM SERAI

BAHAN-BAHAN:

Cili padi (ikut kuantiti kepedasan yang dikehendaki) – Boleh beli online di sini

2 biji bawang merah

2 ulas bawang putih – Boleh beli online di sini

2 batang serai (diketuk)

2 helai daun limau purut

½ ekor ayam

2 sudu sos tiram – Boleh beli online di sini

Garam secukup rasa – Boleh beli online di sini

Sedikit gula

Sedikit air (terpulang sama ada nak letak ataupun tidak)

CARA MEMASAK:

Kisar cili padi, bawang merah, dan bawang putih menggunakan blender atau chopper. Tumbuk pun boleh.

Halus kejadiannya.

Gorengkan ayam separuh masak. Jangan sampai garing, nanti ayam keras.

Guna minyak yang sama, buangkan minyak lebihan.

Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.

Masukkan serai yang telah diketuk.

Masukkan juga daun limau purut.

Kemudian, masukkan pula ayam yang telah digoreng separuh masak tadi.

Masukkan sos tiram.

Masukkan garam secukupnya.

Masukkan sedikit sahaja gula, sekadar untuk bagi rasa sebati.

Jika nak berkuah, boleh letakkan sedikit air. Tak letak pun tak mengapa.

Dah siap. Boleh dimakan dengan nasi dan telur dadar.

Kredit: Noratiqah Nordin

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN