Resipi Telur Dadar Terung Bakar. Lauk Paling Sedap Boleh Masak Dalam Masa 5 Minit.

Share

Semua orang suka menu telur dadar ni. Sedap malah sangat mudah nak masak. Bagi yang terasa nak makan telur dadar panas-panas, ni ada resipi yang diolah menjadikan menu ini lebih menarik dan lebih sedap! Salah satu resipi yang best adalah yang dikongsi oleh saudari Jastia Taza

ni. Nampak sempoi je tapi memang sedap. Anda boleh cuba.

 

TELUR DADAR TERUNG BAKAR

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji terung
  • 2 biji telur
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

1. Bakar terung atas api sekali dengan kulit hingga warna ungu bertukar hitam.

2. Biarkan sejuk dan buang kulit terung yang kehitaman tadi.

3. Pecahkan telur dalam bekas dan pukul sekejap. Masukkan garam dan perasa tambahan lain. Boleh juga tambah lada sulah atau lada hitam.

4. Masukkan terung dalam bekas berisi telur tadi, lenyekkan pakai garpu.

5. Masukkan dalam kuali yang berisi minyak panas. Goreng macam buat telur dadar biasa tu.

6. Siap! Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Jastia Taza

IKLAN