Resipi Telur Air Asam. Menu Simple Yang Sangat Sedap.

Share

Menu Telur Air Asam ni memang sedap. Patutlah viral dan ramai yang mencuba. Resipinya cukup mudah. Hanya menggunakan beberapa bahan yang ringkas, siapa sangat lauk mudah dan murah ini begitu membuka selera. Nak try? Resipi perkongsian saudari Norul Haisyu ni boleh dicuba.

 

CARA MASAK TELUR AIR ASAM

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur
  • Cili padi secukupnya – lebihkan jika suka pedas
  • 1/2 biji bawang besar – hiris @ cincang
  • 1-2 biji tomato – hiris @ cincang

BAHAN AIR ASAM:

  • Asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Aji secukupnya – jika suka
  • Air suam secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan air asam. Kacau sebati dan pastikan cukup rasa. Ketepikan.
2. Basuh telur dan masukkan ke dalam periuk. Pastikan periuk tidak terlalu besar. Jika sepadan dengan telur, lagi baik.
3. Masukkan air sama paras dengan telur. Rebus guna api paling besar selama 7 minit. Masa penting untuk dapatkan tekstur kuning telur yang cantik.


4. Bila cukup masa merebus, kupas telur di bawah air mengalir bagi mendapatkan telur yang licin dan tidak terkoyak. Toskan.
5. Belah telur dan letak dalam mangkuk.


6. Masukkan hirisan bawang dan tomato. Tuang juga air asam tadi. Biarkan selama 15 minit sebelum dinikmati kerana rasanya akan lebih sedap.


7. Hidangan ini mempunyai rasa masam, masin dan pedas. Memang sedap dimakan bersama nasi putih panas.

 

Kredit resipi & foto: Norul Haisyu

 

Tengah cari PERIUK NASI ELEKTRIK baru? Pilih je DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik. 

 

Nak lebih banyak resipi mudah & sedap? Boleh cuba resipi di bawah ni:

https://www.rasa.my/daging-masak-merah-sedap-macam-di-kedai-tomyam/

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN