Resipi Sup Daging Siam, Segar dan Sedap

Share

 

Sup daging sedap dimakan pada waktu makan tengah hari. Apa kata kali ni kita cuba buat sup ala Siam. Daging bercampur kentang sudah semestinya sedap dimakan bersama nasi putih ataupun dihirup begitu sahaja.

SUP SIAM

BAHAN-BAHAN
• 1/2 kg tulang
• Minyak masak untuk menumis
• 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
• 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
• 1/2 inci halia (ditumbuk)
• 1 peket rempah sup bunjut atau sup tulang
• 1 sudu besar rempah sup serbuk (dikacau bersama sedikit air)
• 1 sudu besar sos ikan
• 2 biji ubi kentang (dipotong 2)
• 4 biji cili padi (diketuk)
• 1/2 biji bawang holand (hiris bulat-bulat)
• 1 biji tomato (dibelah 4)
• 1/2 batang saderi (dihiris)
• 1 biji perahan air limau nipis
• Sedikit garam dan gula
• Sedikit bawang goreng
• Sedikit daun sup
• Sedikit daun bawang

CARA MEMBUAT


1. Rebuskan tulang sejam atau sehingga empuk. Pastikan air menenggelamkan semua tulang. Ketepikan.
2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia bersama dengan rempah sup bunjut sehingga garing dan naik bau.
3. Masukkan rempah sup serbuk, sos ikan dan air rebusan dan tulang tadi.
4. Tambahkan ubi kentang dan biarkan sehingga 30 minit.
5. Kemudian masukkan cili padi, hirisan bawang holand, tomato, saderi dan perahan air limau nipis.
6. Tambahkan garam dan sedikit gula. Gaul dan sesuaikan rasa.
7. Tutup api dan sedia untuk dihidang. Taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.

Resipi dari Telegram KakiMakan 

IKLAN