Resipi Sup Daging Ala Thai Yang Membuka Selera

Share

Jika anda teringin hidangan yang berkuah, sup daging ala thai ini adalah menu yang sesuai untuk anda. Ia ringkas tetapi rasanya sedap macam makan di kedai Siam. Selain makan dengan nasi, sup ini juga boleh dimakan bersama roti. Boleh cuba resipi yang dikongsi oleh puan Nik Hakimah ini. Selamat mencuba!

SUP DAGING ALA THAI

 

BAHAN-BAHAN:

  • Daging dipotong kecil
  • 2 biji kentang
  • 1 batang serai
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • Sup bunjut
  • Perencah sup siam
  • Tomato
  • Batang saderi
  • Daun sup
  • Air limau nipis
  • Garam
  • Cili padi (jika mahu)

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Rebus daging yang telah dipotong. Boleh guna pressure cooker atau periuk biasa. Selesai merebus, masukkan 2 biji kentang ke dalam periuk.

 

2. Dalam kuali yang lain, tumis serai yang diketuk, bawang merah, bawang putih, halia dan sup bunjut.

 

3. Tumis sehingga kekuningan. Boleh juga tumis hingga sedikit hangus. Barulah sedap. Kemudian, tuang tumisan tadi ke dalam periuk daging.

 

4. Inilah rahsianya, perencah sup siam. Letakkan perencah ini di dalam sup anda.

 

5. Rebus sehingga kentang empuk. Letak tomato yang dibelah 4, batang saderi, garam dan sedikit air limau nipis. Jika nak pedas, boleh masukkan cili padi yang telah diketuk.

 

6. Tabur daun sup. Siap!

 

Kredit resipi & foto: Nik Hakimah

 

Anda mencari KUALI NON STICK? Boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

IKLAN