Makan

Resipi Stir Fried Egg Tofu Yang Mudah & Sedap. Gerenti Repeat!

Share

Buat anda yang buntu memikirkan menu apa nak masak hari ni, boleh cuba buat Stir Fried Egg Tofu yang mudah dan sedap di makan. Makan panas-panas memang ngam! Tak percaya? Cubalah sendiri. Anda pasti puas hati!

STIR FRIED EGG TOFU

Bahan-bahan:

  • 2 pek tauhu telur
  • Tepung jagung secukupnya | untuk salut telur
  • 200gm ayam cincang
  • 4 ulas bawang putih | dicincang
  • Cili padi | dihiris
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • 5-6 sudu besar kicap manis
  • Lada sulah secukupnya
  • 1 sudu besar gula
  • Sedikit garam
  • Air bancuhan tepung jagung (1 sudu besar tepung, air suku cawan)
  • Hirisan daun sup

Cara Memasak:

  1. Potong tauhu telur dan salutkan tauhu telur dengan tepung jagung.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng tauhu telur hingga keperangan. Angkat dan toskan.
  3. Di dalam kuali yang sama, kurangkan minyak dan masukkan ayam cincang.
  4. Bila ayam cincang dah masak, masukkan bawang putih dan cili padi. Gaul hingga naik bau.
  5. Kemudian, masukkan minyak bijan, sos tiram, kicap manis dan masukkan sedikit serbuk lada sulah. Gaul sebati.
  6. Tambahkan sedikit gula dan garam.
  7. Masukkan bancuhan air tepung jagung tadi.
  8. Masukkan tauhu telur dan gaul sebati.
  9. Akhir sekali, taburkan daun sup dan gaul rata.
  10. Siap untuk dihidangkan.

Tonton video penuh di sini:

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi

]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Naqiyatul Uzma