Resipi Step By Step Ikan Kerisi Masak Pindang. Sedap, Simple Dan Pedas Menyengat!

Share

 

Ikan masak pindang atau ada sesetengah tempat panggil singgang tumis. Resipi ringkas tapi rasanya cukup menyegarkan selera makan. Resipi daripada perkongsian Facebook Sue M Shaunki.

 

IKAN MASAK PINDANG

BAHAN-BAHAN

  • 4 – 5 ekor ikan kerisi ( bergantung dengan saiznya) – boleh juga guna ikan tenggiri,gelama,haruan, & ikan merah.
    > Kunyit Garamkan,kemudian goreng separa garing ya
  • 1 kiub ikan bilis maggi
  • 1/2 sudu teh lada hitam – boleh tambah
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit ( untuk kuah)
  • 1 tangkai cili besar – belah dua
  • 1 biji tomato – belah 4.
  • 2 keping asam gelugor atau setengah cawan air asam jawa. ( agak-agak je)
  • 3 cawan air atau lebih jika nak berkuah lebih.
  • 3 sudu minyak untuk menumis
  • Garam & gula ikut sedap mulut ya

 

 

 

Alhamdulillah,
Rezeki suami beli ikan kerisi yang agak besar, cuci bersih-bersih & garam kunyitkan siap-siap.
Ikannya besar jadi saya potong dua untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dalam periuk

 

BAHAN TUMIS:

  • 5 biji bawang merah – belah 4
  • 2 inci halia – hiris boleh ketuk pon boleh
  • 6 ulas bawang putih**
  • 2 batang serai **
  • 10 biji cili padi ** – boleh tambah kalau suka

(**) – ketuk – ketuk je.

 

CARA MEMASAK:

1. Goreng ikan kerisi separa garing ( jgn garing sangat,hilang manisnya nanti),angkat dan toskan.

TIPS SUPAYA IKAN TIDAK MELEKAT

  1. Tabur garam dalam minyak sebelum masuk ikan.
  2. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan ikan, kalih ikan selepas 2-3 minit.
  3. Tips ibu mertua saya, masukkan asam keping sebelum masuk ikan.
    (Boleh cuba salah satu, saya dah cuba semua)

 

2. Pecah- pecahkan cili padi kampung yang pedas ini.

 

3. Tumiskan halia, bawang merah, bawang putih, cili padi dan serai dengan 3 sudu minyak.

 

4. Bila semua bahan tadi dah mula layu, masukkan air.

TIPS ELAK BERKECAH:

  1. Kalau tidak mahu dapur berkecah sebab percikan air, Tuang air itu atas senduk seperti dalam gambar. InsyaAllah tidak ada percikan air berlaku

 

5. Masukkan serbuk kunyit,asam keping & lada hitam . Biarkan kuah mendidih.

NOTA KAKI: asam keping tu basuh dulu ya

 

6. Mendidih kuah itu masukkan ikan kerisi goreng, bahan perasa  (garam & gula ) berserta kiub ikan bilis. Jangan lupa dengan masukkan cili besar & tomato sekali
Sukatan garam gula ikut citarasa masing-masing. Biarkan mendidih semula dalam 5 minit. Siap! Hidangkan dengan nasi panas.

INFO:

  • Kalau tidak suka masam sangat kurangkan asam keping, keluarkan asam bila dah masak.
  • Tujuan ikan di goreng dulu, supaya isi ikan tak hancur walau panas semula nanti. Boleh juga tidak mahu goreng.
  • Untuk yang berpantang, bukan semua ikan boleh makan, lebihkan halia & lada hitam. Bawang putih buat ulam.
  • Kurangkan cili padi jika tidak boleh makan pedas.

 

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Sue M Shauhki

 

ANDA MUNGKIN MENYUAKI RESIPI INI:

 

IKLAN