Resipi Sotong Goreng Tepung Crispy, Comfirm Jadi Macam Dekat Restoran Seafood

Share

Sotong Goreng Tepung Crispy ni memang sedap. Kalau makan cicah sos, pergh…terasa bagai makan di restoran seafood terkenal. Ada banyak resipi Sotong Goreng yang dikongsi namun ada kalanya tepung tidak rangup, tepung terpisah dari sotong dan macam-macam lagi. Tak menjadi! Kali ni cuba resipi dari saudari Mawar Berduri. Ada tip mudah yang dikongsi. Tak guna banyak bahan pun. Memang berbaloi untuk dicuba.

 

CARA MASAK SOTONG GORENG TEPUNG CRISPY YANG SEDAP, MUDAH & COMFIRM JADI

BAHAN-BAHAN:
Sotong
Garam secukup rasa
Lada sulah secukupnya beli online disini
Sedikit cuka makan beli online disini
1 biji putih telur

BAHAN TEPUNG SALUTAN:
1 cawan tepung gandum beli online disini
1 cawan tepung jagung beli online disini
1 sudu soda bikarbonat beli online disini

CARA MEMASAK:

1.Sotong dibasuh bersih, dibuang dakwat, mahkota dan tulang halus dibelakangnya. Potong bulat.


2. Bila siap dibasuh, tos sotong menggunakan penapis untuk memastikan airnya kering.
3. Perasakan sotong dengan garam, lada sulah dan cuka makan. Biarkan seketika.
4. Dalam bekas berasingan, ambil tepung gandum, tepung jagung dan soda bikabonat. Gaul rata.


5. Ambil sebiji putih telur dan rendam sotong yang siap diperap tadi.
6. Kemudian masukkan hirisan sotong ke dalam campuran tepung yang siap diadun. Salut rata.


7. Panaskan minyak masak dalam kuali dengan banyak. Goreng hirisan sotong yang telah disalut tepung tadi.


8. Goreng hingga sotong garing dan keperangan. Angkat dan tosan minyak.
9. Sotong Goreng Tepung Crispy sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Mawar Berduri

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN