Resipi Sos Pencicah Serbaguna. Mudah, Cepat & Sedap.

Share

Sos serbaguna ini memang bagus dibuat dan disimpan kerana boleh dimakan dengan pelbagai jenis makanan pada bila-bila perlu. Bahan-bahan juga senang didapati. Jika suka pedas boleh banyakkan jumlah cilinya. Pastikan cilinya benar-benar masak agar tahan lama dan tidak sakit perut pula memakannya.

 

SOS PENCICAH SERBAGUNA

BAHAN-BAHAN:

  • 1/4kg @ 250gm cili kering | buang biji, rebus & kisar
  • Cili padi secukupnya | tambah jika mahu lebih pedas. Kisar bersama cili kering
  • 2kg gula
  • Garam secukup rasa
  • Cuka makan secukupnya
  • Air secukupnya
  • Tepung jagung | bancuh dengan sedikit air

 

CARA MEMBUAT:

1. Masukkan semua bahan ( kecuali tepung jagung) ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.

2. Kemudian rasa. Pastikan rasa manis, pedas, masam dan masin cukup.

3. Seterusnya masukkan bancuhan tepung jagung. Masak lagi hingga mendapat kepekatan sos yang dikehendaki.

4. Enak dinikmati dengan pelbagai jenis makanan bergoreng.

 

Tips: Simpan dalam botol kedap udara dan letakkan dalam peti sejuk untuk tahan lama.

Kredit resipi & gambar: Mummy Violet 

IKLAN