Resipi Sos Pencicah Serbaguna Homemade. Mudah, Cepat & Sedap.

Share

Sos pencicah serbaguna perkongsian saudari Mummy Violet ini memang bagus dibuat dan disimpan kerana boleh dimakan dengan pelbagai jenis makanan pada bila-bila perlu. Bahan-bahan juga senang didapati. Jika suka pedas boleh banyakkan jumlah cilinya. Pastikan cilinya benar-benar masak agar tahan lama dan tidak sakit perut pula memakannya. Jom cuba. Lepas ni tak perlu beli lagi.

 

CARA BUAT SOS PENCICAH SERBAGUNA HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 1/4kg @ 250gm cili kering | buang biji, rebus & kisar
  • Cili padi secukupnya | tambah jika mahu lebih pedas. Kisar bersama cili kering
  • 2kg gula
  • Garam secukup rasa
  • Cuka makan secukupnya
  • Air secukupnya
  • Tepung jagung | bancuh dengan sedikit air

CARA MEMASAK:

1. Masukkan semua bahan ( kecuali tepung jagung) ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.

2. Kemudian rasa. Pastikan rasa manis, pedas, masam dan masin cukup.

3. Seterusnya masukkan bancuhan tepung jagung. Masak lagi hingga mendapat kepekatan sos yang dikehendaki.

4. Sejukkan sos dan simpan dalam bekas bertutup yang sesuai. Enak dinikmati dengan pelbagai jenis makanan bergoreng.

Tips: Simpan dalam botol kedap udara dan letakkan dalam peti sejuk untuk tahan lama.

 

Kredit resipi & foto: Mummy Violet

 

Nak cari RICE COOKER baru? Pilih je DISINI. Banyak pilihan & harga pun murah.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN