Resipi Sos Lada Hitam Mudah, Sedap. Sesuai Untuk Sajian Chicken, Lamb Chop & Steak.

Share

Hanya guna empat bahan mudah. Anda boleh hasilkan sos bertaraf kafe secara homemade. Caranya pun mudah. Jom tengok resipi perkongsian saudari Fyda Nz ni.

BAHAN-BAHAN:

  • Sos lada hitam secukupnya ( ikut citarasa atau letak sehingga sos berwarna hitam.)
  • 2 cream of mushroom soup
  • 2 sudu makan cream of chicken soup mix ( kiub ayam )
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • Air secukupnya ( anggaran 1/2 periuk)

CARA MEMASAK:
1. Campur kiub ayam, cream of mushroom dan tepung gandum tadi . Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tidak berketul.


2. Bila dah tak berketul, masukkan lebihan air dalam anggaran setengah periuk macam dalam gambar. Bila dah masukkan air setengah periuk, baru hidupkan api dan masak atas dapur sambil dikacau hingga mendidih. Jika tidak dikacau, bancuhan akan berketul dan kuah menjadi tidak cantik.


3. Bila dah mendidih, baru masukkan sos lada hitam dan kacau sebati.


4. Siap! Padamkan api. Sos lada hitam ini sedia untuk dinikmati mengikut citarasa anda.

Kredit gambar & resipi: Fyda Nz

IKLAN