Menu yang menjadi kegemaran ramai. Walaupun agak sukar untuk menyiang siput, tetapi ramai sanggup bersusah-payah demi semangkuk hidangan enak ini. Anda suka? Jom cuba resipi ni. Memang terasa lemak-lemak serta manis isi siput. Pasti puas hati.
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 kg siput sedut
5 ulas bawang merah |kisar
3 ulas bawang putih|kisar
2 inci kunyit hidup |kisar
2 inci halia|kisar
15 tangkai cili padi|kisar
2 batang serai |dititik
500ml santan
CARA MEMASAK:
Ads
Ads
Bersihkan siput sedut dengan menggunakan berus hingga bersih
Rendam sebentar di dalam air garam untuk membuang kotoran.
Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar sehingga harum
Masukkan santan, serai dan siput. Kacau secara perlahan di atas api sederhana hingga masak.
Perasakan dengan garam. Masak hingga kuah sedikit pekat Sedia dihidangkan.
Info Chef: Pastikan bahagian hujung siput dibuang. Kalau tak jenuh nak sedut isi siput ni… Memang tak akan keluar.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sebagai masyarakat majmuk, pasti sesetengah masyarakat turut menggemari makanan kaum lain. Misalnya, masyarakat Cina dan India turut menyukai nasi lemak yang merupakan masakan kaum Melayu.
Begitu jugalah kaum Melayu yang turut menyukai hidangan masakan Ham Keong yang merupakan makanan kaum Cina.
Liza Idris, berkongsi resipi lala masak Ham Keong di facebooknya. Jom kita lihat resipi ini.
BAHAN TUMIS
Minyak masak untuk menumis
4 ulas bawang putih (cencang)
2 inci halia (mayang halus)
1 biji bawang besar (cencang)
1 sudu besar udang kering (tumbuk /cencang)
2 tangkai daun kari
6 biji cili padi/cili kering (potong halus)
BAHAN PES
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap biasa
BAHAN LAIN
Sedikit garam, gula dan serbu perasa
1/2 kg Lala
Sedikit daun sup untuk hiasan
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak 5 sudu besar.
2. Masukkan bawang putih, halia, bawang besar, udang kering, daun kari dan cili padi. Goreng sampai naik wangi.
4. Satukan BAHAN PES dalam bekas kecil. Masukkan dalam bahan tumisan tadi. Goreng sampai pecah minyak. Tambah air sedikit supaya tidak kering.
5. Letakkan garam, gula dan serbuk perasa mengikut cita rasa kalian.
6. Masukkan lala. Gaul sebati sehingga lala masak.
7. Masukkan kicap lagi untuk pekatkan kuahnya dan gaulkan sebati.
8. Taburkan daun sup atau daun bawang. Tutup api.
Bila sebut Pais, terbayang ikan. Rupanya Pais Sotong pun sedap juga tau. Isi sotong yang lembut, digaul dan dimasak dengan rencah yang cukup rasa, memang enak. Yang baru pertama kali rasa pun pasti suka. Jom cuba masak guna resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Pasti puas hati. Oh ya… Resipi ini tidak semestinya hanya menggunakan sotong. Kalau nak guna udang, ikan puyu, ikan sepat atau apa-apa sahaja jenis ikan kegemaran pun boleh. Tiada masalah. Selamat mencuba!
RESIPI PAIS SOTONG ALA UTARA
BAHAN UTAMA:
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1.Kisar halus cili kering, bawang merah besar, bawang putih, serai, jintan manis, ketumbar, serbuk kunyit, air asam jawa dan sedikit air.
6. Apabila sotong sudah lembut, sesuaikan rasa dengan menambah perasa yang kurang mengikut citaras masing-masing. Sedia untuk dihidang.
INFO:Jika nak lagi sedap, bila tumisan sambal kelapa sudah elok masak, gaulkan dengan sotong. Kemudian ambil sotong, balut dengan daun pisang, letak dalam kuali dan tutup kuali dengan tudung periuk. Masak guna api perlahan hingga masak sempurna.
Apakata tengahari ni kita makan sajian barat. Sajian berasaskan daging, ayam dan udang memang sungguh wow sedapnya. Boleh dimakan dengan roti dan crepe atau makan dimakan begitu sahaja pun enak.
Ni min kongsikan 5 variasi sajian barat untuk makan tengahari dan malam. Resipi dari Azian , Hassan, penulis buku masakan. Min dah try memang lazat.
1. DAGING STROGANOFF
BAHAN-BAHANNYA :
CARA MEMASAKNYA :
1. Panaskan dan cairkan mentega dan masukkan bawang holland dan bawang putih. 2. Masak sehingga wangi. Angkat dan ketepikan. 3. Masukkan cendawan butang dan masak selama 2-3 minit. Angkat dan ketepikan. 4. Masukkan daging dan masak sehingga daging keperangan. 5. Masukkan epal cider dan sedikit air dan biarkan ianya mendidih. 6. Masukkan serbuk lada hitam, pasli, garam,susu segar dan krim 7. Renehkan sebentar sehingga kuahnya pekat.
Saiz hidangan : 2 orang Waktu memasak : 25 hingga 30 minit Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis masakan : Sajian Tradisional Russia Keistimewaan : Daging berjus dengan rasa lemak berkrim Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF: Gunakan daging segar yang mempunyai sedikit lemak untuk rasa lebih enak. Sajian tradisional Russia ini sudah wujud sejak abad ke 19 dan amat popular di seluruh dunia.
2. AYAM PANGGANG DENGAN NENAS
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAKNYA :
1. Bersihkan ayam dan tos ayam dengan menggunakan tisu dapur 2. Lumurkan ayam dengan garam,serbuk lada hitam dan lada sulah 3. Sementara itu panaskan mentega didalam kuali 4. Tumis bawang sehingga layu dan kemudian masukkan madu. 5. Masukkan apple cider, jus oren nenas dan cili merah. 6. Bancuhkan tepung jagung bersama air dan masukkan kedalam kuali. 7. Masak sehingga kuah pekat 8. Letakkan ayam keatas dulang pembakar 9. Tuangkan kuah tadi keatas ayam . 10. Panaskan ketuhar, dan bakar ayam di dalamnya dengan suhu 250 C selama 40-45 minit.
Saiz hidangan : 2 orang Waktu memasak : 1 jam Cara memasak : Tumis dan bakar Jenis masakan : Sajian barat fusion Keistimewaan : Rasa masam manis dari nenas menjadikan ayam panggang lebih lazat Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF: Sajian barat dengan sentuhan rasa tempatan. Lazat dimakan bersama kentang putar dan coleslaw.
3. CREPE BERINTI BAYAM DAN AYAM
BAHAN-BAHAN :
Bahan crepe :
Bahan inti :
CARA MEMASAK:
Cara membuat Crepe: 1.Ayak tepung bersama garam. Ketepikan 2.Pukul telur sehingga kembang dan masukkan telur ke dalam adunan. 3.Kacau adunan hingga sebati. 4. Masukkan susu sedikit demi sedikit dan terus mengacau adunan. 5. Pastikan adunan tidak berketul. 6. Biarkan adunan seketika untuk 1 jam 7. Selepas itu bolehlah di panaskan kuali dan sapukan sedikit mentega 8. Masukkan satu senduk adunan dan ratakan seperti membuat pan cake atau lempeng.
Cara membuat inti : 1. Panaskan minyak dan masukkan bawang holland dan masak sehingga ianya layu. 2. Masukkan isi ayam, bawang putih, halia ,serbuk cili, garam masala dan garam. 3. Selepas itu masukkan tomato dan bayam 4. Kacau hingga ayam masak dan akhir sekali masukkan daun ketumbar
Saiz hidangan : 2 orang Waktu memasak : 20 – 30 minit Cara memasak : Tumis Jenis masakan : Sajian barat fusion Keistimewaan : Sajian crepe berkhasiat dengan gabungan inti ayam dan bayam Anggaran kos : RM 12
INFO CHEF : Usah membuat crepe yang terlalu tebal kerana ia menenggelamkan keenakan rasa inti ayam bayam.
4. STEW DAGING
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK :
1. Panaskan kuali dan cairkan mentega 2. Masukkan bawang holland dan masak setakat ianya layu. 3. Masukkan tepung dan kacau sehingga warnanya menjadi keperangan. 4. Tuangkan air sedikit demi sedikit 5. Ulang langkah ini selama 3 kali dan akhir sekali tuangkan air mengikut kesesuaian. 6. Masukkan kesemua bahan-bahan lain dan reneh sehingga daging lembut.
Saiz hidangan : 2 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis masakan : Sajian barat Keistimewaan : Sajian stew bertambah lazat, bila dihangatkan dari lauk semalaman. Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF: Enak dimakan bersama roti. Anda juga boleh menambahkan kentang, cendawan dan kacang pis hijau ikut rasa yang anda gemari.
5. SPAGHETTI UDANG
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAKNYA : 1. Rebuskan dan toskan spaghetti, ketepikan 2. Panaskan minyak dan masukkan bawang holland dan bawang putih dan masak sehingga wangi. 3. Masukkan serbuk paprika, serbuk lada hitam,tomato dan stok ayam 4. Masak sehingga kuah mendidih dan masukkan udang dan sotong 5. Masak selama 2-3 minit dan perasakan dengan garam dan lada sulah. Akhir sekali masukkan spaghetti tadi dan gaul. 6. Taburkan daun ketumbar
Saiz hidangan : 2 orang Waktu memasak : 15 minit Cara memasak : Tumis Jenis masakan : Pasta Keistimewaan : Spaghetti Makanan Laut memang lazat dengan ramuan udang segar Anggaran kos : RM 13
INFO CHEF: Selain udang dan sotong, anda boleh sahaja memasukkan makanan laut yang lain seperti kekapis, kerang, kepah dan sebagainya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 mencipta sejarah apabila 16,000 pek bubur lambuk berjaya diagihkan di Dataran Merdeka, sekali gus menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records.