Resipi Singgang Tulang Sedap Cara Orang Kelantan. Elok Empuk Dagingnya!

Share

Tulang sedap dimasak sup. Namun jika dah jemu, boleh cuba masak Singgang Tulang cara orang Kelantan. Bahan-bahannya sedikit berbeza dengan resipi Singgang Ikan namun rasanya sangatlah sedap sehinggakan anda tak mampu melupakannya. Gitu… Bagi anda yang nak cuba, Cikgu Afy Al Habibi ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!

 

RESIPI SINGGANG TULANG SEDAP

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2kg tulang
  • 2 keping asam gelugur

BAHAN KISAR:

  • 1 tangkai cili kering
  • 2 biji cili merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 inci halia

BAHAN DIMAYANG:

  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah

BAHAN TUMBUK:

  • 1 sudu makan ketumbar

BAHAN PERASA:

  • 1 sudu makan garam
  • 1/3 keping manisan kecil atau gula melaka
  • 1 sudu teh perencah secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Bersihkan tulang dan toskan airnya.

2. Masukkan air ke dalam periuk. Kuantitinya agak-agak sahaja dan bersesuaian dengan tulang yang dimasak. Didihkan.

3. Kemudian tuangkan bahan kisar tadi ke dalam periuk. Kacau sebati.

4. Masukkan pula bahan yang dimayang dan tumbuk.

Kacau lagi.

5. Masukkan juga dua keping asam gelugur.

6. Tambahkan bahan-bahan perasa dengan secukupnya. Semua bahan-bahan boleh disesuaikan mengikut cita rasa dan kuantiti kuah.

7. Masak sehingga daging dekat tulang empuk. Sedia untuk dimakan.
Selamat mencuba.

Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi

 

Nak rebus tulang dengan lebih cepat? Guna la PRESSURE COOKER. Boleh dapatkan DISINI dengan harga mampu milik. Pasti puas hati.

 

Nak lebih banyak resipi berasaskan DAGING yang mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN