Resipi Serunding Halia, Boleh Buang Angin Dalam Badan

Share

Halia sangat berkesan untuk membuang angin dalam badan. Jika dimakan secara terus atau segar, rasanya agak ‘letar’. Oleh sebab itu ramai yang mencampurnya dalam masakan atau dijadikan minuman. Bagi anda yang tak boleh nak makan halia ni, boleh cuba hasilkan serunding halia. Halia akan rasa lebih sedap. Sekali cuba, tak sedar hampir sebalang habis. Nak buatnya pun mudah dan ringkas. Boleh cuba resipi perkongsian Nor Haidah Md Said

ni.

SERUNDING HALIA

 

BAHAN-BAHAN:

  • Halia | tumbuk halus atau sagat – beli online DISINI
  • Sedikit bawang putih | ditumbuk bersama halia @ dihiris – beli online DISINI
  • Ikan bilis | dibersihkan – beli online DISINI
  • Sedikit garam & perasa secukupnya – beli online DISINI
  • Minyak untuk menggoreng

 

CARA MEMASAK:

1. Perah halia yang ditumbuk tadi bagi mengeluarkan airnya. Ambil hampasnya sahaja.

 

2. Panaskan minyak masak dalam kuantiti yang banyak menggunakan api besar. Masukkan halia tadi. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.

 

3. Kemudian, dengan menggunakan minyak yang sama, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan minyak.

 

4. Tumbuk ikan bilis hingga hancur atau agak hancur. ( ikut citarasa masing-masing.)
5. Tabur garam dan serbuk perasa dengan secukupnya ke dalam bekas berisi halia goreng tadi.


6. Kemudian, masukkan ikan bilis tumbuk. Gaul sekali lagi hingga rata.

 

7. Simpan serunding halia di dalam bekas kedap udara untuk tahan lama.

 

Info chef:

  • Kuantiti sukatan untuk setiap bahan bergantung kepada citarasa masing-masing.
  • Jika mahukan rasa serunding yang lebih sedap, boleh menambah bawang goreng.

 

Kredit resipi & gambar: Nor Haidah Md Said

 

Anda mencari KUALI NON STICK? Boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

https://www.rasa.my/cara-buat-tempe-homemade-langkah-berjimat-sepanjang-pkpb/

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

IKLAN