Resipi Sate Ayam Seekor Bersama Kuah Kacang Cukup Rasa Dan Puas Makan

Share

Ada yang rajin nak buat sate? Sate yang dibeli belum tentu rasanya mencapai citarasa sendiri. Mungkin hari ni kita tak sempat membuatnya , boleh simpan resipi ni untuk buat hujung minggu nanti.


SATE AYAM SEEKOR
BAHAN-BAHAN :
Ayam seekor (ambik isi saja potong dadu cuci & toskan)
BAHAN KISAR


2 labu bawang besar
1 labu bawang putih
2 inci halia
4 batang serai

( Kisar semua bahan di atas)
BAHAN PERAP
2 cawan gula
2 sudu kecil garam
4 sudu kecil kunyit
3 sudu besar jintan manis

CARA MEMASAK:


1.Dalam besen besar masukkan isi ayam ,bahan kisar dan bahan perap.
2.Gaul sebati/ perap



3.Bila dah perap baru cucuk.
*Lebihan perapan tadi ambil sedikit letak dlm bekas + sedikit minyak (untuk renjis masa bakar)



KUAH KACANG
Segenggam cili kering
2 labu bawang besar
2 inci halia
(Kisar bahan di atas)
1 batang serai di ketuk
2 cawan kacang tanah yg di blend
2 keping gula melaka
1/2 cawan gula
Garam
Air secukupnya
Asam keping

CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak
2.Tumiskan bahan kisar ,masukkan serai (tumis sampai pecah minyak)
3.Masukkan kacang tanah gaul sebati.
4.Masukkan air kacau dan biar mendidih(api perlahan)
5.Masukkan gula melaka,gula,garam dan asam keping.
6.Masak hingga pekat, rasa dan tambah apa yang kurang.

Sumber : Noorlaili Zainal

IKLAN