Resipi Sambal Sotong Cili Padi Padu. Campak-campak Siap!

Share

Dah bosan makan dengan lauk yang berkuah, buat sambal sotong cili padi pun sedap. Guna sotong segar dan cili padi ikut sukatan kepedasan yang anda suka, memang padu. Makan dengan nasi panas tambah dengan telur dadar, confirm terangkat punyalah! Orang tua-tua kata mak mentua lalu pun mesti tak perasan.

Cikpuan_alya berkongsi resepi sambal sotong cili padi di akaun media sosialnya. Mudah dan senang nak buat, campak-campak siap!

Resepi Sambal Sotong Cili Padi

BAHAN-BAHAN:

Sotong  ( Dibuang air terlebih Dahulu)

Serai – beli online disini

Serbuk kunyit – beli online disini

Asam keping – beli online disini 

Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK:
Cili Padi
Cili Besar Merah
Cili Besar Hijau
Bawang Putih
Bawang Merah

CARA MEMASAK:

  1. Masak sekejap sotong di dalam kuali untuk buang airnya.
  2. Tumis bahan tumbuk bersama serai, serbuk kunyit, asam keping, garam dan gula. Kacau sebati sehingga bahan tumisan masak.
  3. Masukkan sotong yang telah dimasak sekejap tadi, gaul sebati.
  4. Biarkan seketika dan tutup api.
  5. Siap untuk dihidangkan.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

IKLAN