Kalau masak lauk ni, memang nasi kena masak lebih. Walaupun sekadar bilis dan telur, percayalah hidangan ini memang ‘killer’. Sekali cuba, dua pinggan nasi pun habis.
SAMBAL PECAH TELUR BILIS GARING KENTANG
BAHAN-BAHAN:
3 biji bawang putih (tumbuk)
5 biji bawang merah (kisar)
1 sudu makan cili kisar
Bilis (guna yang halus lagi sedap)
3 biji telur
1 biji ubi kentang | dikupas kulit dan dipotong panjang
Minyak
Garam secukup rasa
Air asam jawa secukupnya
Sedikit belacan
Sedikit gula
CARA MEMASAK:
Ads
1. Panaskan minyak masak dan goreng kentang hingga kekuningan.
2. Kemudian goreng ikan bilis menggunakan minyak yang sama hingga garing. Angkat.
3. Masukkan bawang putih. Tumis sampai naik bau dan masukkan bawang merah yang telah dikisar. Bila dah garing elok, masuk cili kisar.
Ads
4. Kemudian masukkan sedikit air asam jawa dan sedikit belacan. Masukkan juga garam secukup rasa.
5. Bila sambal masak dan naik minyak, perlahankan api. Buat lubang pada sambal dan pecahkn telur. Biar sehingga telur masak.
6. Bila telur kelihatan hampir masak, masukkan bilis dan kentang goreng tadi. Jangan kacau sangat, tabur je.
Ads
7. Siap dan sedia untuk dinikmati. Pasti makan nasi bertambah!
Buat kari telur, meskipun nampak ringkas, tapi memang sedap dinikmati. Buat pula kuah pekat dan ditambah dengan kentang, gerenti menambah-nambah nasi. Dapat pula dihidangkan dengan lauk tambahan; ikan masin dan sambal belacan, aduhai kekenyangan perutnya.
Mahu dapatkan resipi kari telur dan kentang yang sedap ini, boleh ikuti perkongsian resipi daripada De Norms Latorel ini. Memang tampak menyelerakan. Jom kita buat. Ada sayur kubis goreng ni, memang ngam.
KARI TELUR DAN KENTANG
BAHAN-BAHAN:
10 biji telur ayam (direbus dan dikupas)
5 biji kentang (dikupas, belah 4, bilas dan toskan)
10 batang daun kari (dibuang batang dan cuci)
8 sudu besar pes bawang besar (yang telah dikisar)
3 sudu besar pes bawang putih (yang telah dikisar)
Masukkan 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, cengkih & buah pelaga)
Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis dengan api kecil selama 5 minit.
Kemudian, masukkan daun kari, serbuk kari ayam dan serbuk kari ikan ke dalam periuk. Sebelum itu, campurkan kedua-dua serbuk kari ini di dalam mangkuk dan masukkan sedikit air. Kacau rata dan biarkan likat.
Tambahkan minyak masak dalam 2-3 sudu besar dan sentiasa kacau sehingga pecah minyak. Elakkan hangit. Api sederhana.
Setelah itu, masukkan kentang yang telah dibelah. Kacau guna sudip kayu yang leper. Jangan guna senduk, bimbang kentang hancur.
Hancurkan kiub pati ayam dan masukkannya.
Masukkan juga asam keping dan kacau rata.
Apabila kari dah pecah minyak, masukkan santan. Kacau lagi on off sehingga santan pecah minyak.
Perasakan dengan garam.
Tunggu sehingga mendidih dan masukkan telur yang telah direbus. Ketika ini, kentang pun sedang elok empuk dan tidak pecah. Dah boleh tutup api.
Biasa tauhu telur dimasak sup je kan? Sebenarnya ada menu berkuah lain yang sedap dimasak menggunakan tauhu telur ini. Saudari Raihanatu Zie ada kongsikan resipi Sizzling Tauhu Telur yang cukup sedap dan mudah yang boleh anda cuba. Rasanya tidak pedas, pasti kena dengan selera anak-anak. Jom cuba!
CARA MASAK SIZZLING TAUHU TELUR
BAHAN-BAHAN: 3 tiub tauhu telur Capsicum merah secukupnya Capsicum kuning secukupnya Bunga kubis secukupnya Cendawan shiitake – beli online disini 1 sudu makan lada putih – beli online disini 1 sudu makan kicap cair – boleh guna kicap masin – beli online disini 1 sudu makan sos tiram – beli online disini 1 sudu makan minyak bijan – beli online disini Tepung jagung secukupnya – beli online disini Sedikit bancuhan tepung jagung Hirisan daun bawang (additional) Minyak masak secukupnya Air secukupnya
CARA MEMASAK: 1.Potong semua sayur-sayuran dan tauhu telur.
2. Salut kepingan tauhu telur bersama tepung jagung. 3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Goreng kepingan tauhu telur tadi hingga kuning keperangan. Angkat dan toskan minyaknya. 4. Masukkan air secukupnya. Boleh juga masukkan air rebusan ayam. 5. Bila kuah sudah mendidih, masukkan hirisan sayur-sayuran yang telah dipotong. 6. Letak serbuk lada putih, kicap cair, sos tiram dan minyak bijan. Sebatikan. 7. Seterusnya masukkan tauhu telur yang telah digoreng tadi. 8. Bila sudah mendidih, masukkan air bancuhan tepung jagung. Sebatikan. 9. Tabur daun bawang dan hidangkan segera.
INFO:
Kredit resipi & foto: Raihanatu Zie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Masakan dari telur rebus memang menjadi kesukaan ramai. Acar telur, kurma telur, sambal telur, kari telur, taucu telur dan macam-macam lagi. Mencari kelainan, boleh buat telur masak masala. Telur masak masala ini memang sedap. Rasa rempahnya lagi kuat dan terasa berbanding kari biasa. Macam itulah tahap sedapnya telur masak masala ini. Bagi yang nak cuba, kena pastikan ada garam masala di rumah. Garam masala ni kalau ada, baru ‘kick’ masakan tu. Tapi kalau lebih sangat pun nanti pahit.
Bahan-bahannya:
Cara memasak: 1.Gaul telur bersama satu sudu teh serbuk kunyit dan satu sudu teh serbuk cili. 2.Panaskan minyak dan goreng telur seketika. Angkat dan ketepikan. 3.Dengan menggunakan lebihan minyak tadi, masukkan jintan putih. 4.Apabila ia meletup, masukkan cili kering dan bawang merah. Masak sehingga bawang keperangan. 5.Kemudian, masukkan cili kisar, serbuk cili, serbuk ketumbar, serbuk kunyit, serbuk halba,garam dan gula.Kacau rata. 6.Perlahan api dan masak dengan perlahan selama 10-15 minit. Tambah air jika perlu. 7.Selepas itu, masukkan telur, garam masala dan jus lemon. 8.Gaul rata dan siap. Kredit: @azianhasan