Resipi sambal jahat? Kenapa dipanggil begitu, sebab sekali makan memang tak cukup, tambah kali kedua pun tak cukup, tambah kali ketiga pun tetap rasa nak tambah lagi…
Punyalah sedap kan, disebabkan itulah menurut empunya resipi Cik Qaseh ia dipanggil sambal jahat. Lagi satu sambal ini kalau dibuat pedas lagi sedap, makan sambil meleleh air mata dan lap peluh.
1 genggam ikan bilis -goreng garing
2 genggam cili api hijau -lebihkan jika mahu pedas
3 biji bawang besar -saiz sederhana
Petai – jika suka
Garam, gula dan perasa secukup rasa
Minyak (gunakan minyak goreng ikan bilis)
1. Tumbuk kasar bawang besar dan cili api hijau. Jika malas nak tumbuk, boleh guna blender, tapi pastikan tumbuk atau blend kasar, macam nak buat rencah nasi goreng.
2. Selepas itu, masukkan ikan bilis yang telah digoreng garing. Tumbuk sedikit lagi supaya ikan bilis hancur sedikit, tetapi jangan terlalu halus.
3.Panaskan minyak yang digunakan untuk menggoreng ikan bilis tadi dalam kuali. Masukkan bahan tumbuk dan masak dengan api sederhana. Kacau selalu supaya sambal tak hangit.
4. Masukkan garam, gula dan perasa secukup rasa. Sesuaikan rasa sambal mengikut selera anda. Jika mahu lebih pedas, tambah cili api lagi!
5. Terus masak sehingga minyak terbit di atas sambal dan sambal nampak berkilat. Pastikan api tak terlalu besar untuk elakkan sambal dari hangus. Bila nampak cantik dan berkilat, sambal jahat siap!
TIP
Jika guna blender, jangan blend ikan bilis sekali. Cuma tumbuk ikan bilis menggunakan lesung batu supaya ia kekal bertekstur. Sambal ini lebih sedap jika dimasak dengan lebihan minyak goreng ikan bilis.
Kredit resipi & foto: Cik Qaseh
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA